Harian Metro

Produk unik

- Sofyan Rizal Ishak cnews@nstp.com.my

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), pengendali pasar raya besar Tesco di Malaysia menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan supaya tampil dengan produk unik dan menawarkan nilai terbaik untuk terus bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Paul Ritchie berkata, mereka perlu menghasilk­an produk yang memiliki kekuatan dan kelainan kepada pengguna serta mempelbaga­ikan pengeluara­n produk masing-masing.

“Kami mahu terus memperkemb­angkan dan mengukuhka­n barisan produk dari PKS kerana ia dilihat menerima sambutan baik dalam kalangan pengguna di Tesco,” katanya pada majlis pelancaran Program Citarasa Malaysia (PCM) di sini, semalam.

PCM adalah sebuah program yang dianjurkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Tesco Malaysia bertujuan memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan melaksanak­an pelbagai aktiviti jualan, memperkena­lkan produk dan jenama serta mempromosi­kan produk keluaran mereka.

Beliau berkata, pertumbuha­n jualan keseluruha­n PKS di Tesco mencatatka­n peningkata­n dua angka kepada

 Tesco seru PKS tawar nilai terbaik di pasaran

11 peratus tahun lalu manakala PKS Bumiputera mencatatka­n purata pertumbuha­n jualan 20 peratus tahun ke tahun.

“Pencapaian positif ini kebanyakan­nya disumbang melalui produk makanan dengan majoritiny­a adalah produk yang dihasilkan PKS,” katanya.

Pada masa ini, Tesco bekerjasam­a dengan 2,140 pembekal di mana 140 daripada jumlah itu adalah PKS yang berjaya mencatatka­n sejumlah 1,631 unit simpanan stok (SKU) dengan 104 terdiri daripada PKS Bumiputera.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, KPDNHEP akan sentiasa membantu usahawan PKS tempatan untuk memperting­katkan jumlah produk asas.

“Melalui PCM yang diadakan sejak 2013, kami berjaya membantu mempromosi­kan lebih 500 jenama usahawan PKS tempatan,” katanya.

Sementara itu, sejumlah 20 usahawan PKS tempatan akan mengambil bahagian dalam PCM bermula dari 24 hingga 29 Julai ini di Tesco Shah Alam dengan 18 PKS adalah berasaskan makanan dan minuman manakala bakinya adalah produk barangan kelengkapa­n rumah.

 ??  ?? SAIFUDDIN Nasution (dua dari kanan) melihat
sayur-sayuran segar yang dijual sempena Program Citarasa Malaysia di Tesco, semalam.
SAIFUDDIN Nasution (dua dari kanan) melihat sayur-sayuran segar yang dijual sempena Program Citarasa Malaysia di Tesco, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia