Harian Metro

Buka laluan polisi insurans baru motor

-

Kuala Lumpur: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menggesa pemandu kenderaan di negara supaya melakukan pembelian polisi insurans/takaful motor masing-masing mengikut strategi liberalisa­si era baru insurans/takaful motor Malaysia.

Pelaksanaa­n Liberalisa­si Tarif Insurans Motor yang bermula pada 1 Julai 2017 itu dilihat membuka laluan baru bagi pengenalan produk insurans motor baru dan inovatif kepada pengguna.

Pengerusi PIAM, Antony Lee berkata, pengguna perlu menjadi bijak dengan mengetahui apa yang diperlukan dan bagaimana untuk mendapatka­n perlindung­an terbaik bagi kenderaan masing-masing melalui pembelian insurans/takaful motor.

Menurutnya, pada dasarnya insurans motor adalah perlindung­an yang dibeli rakyat Malaysia tanpa ragu di mana ia memberi kuasa kepada pengguna mendapatka­n hak liputan daripada pelbagai produk yang tersedia.

“Pengguna perlu membuat keputusan berdasarka­n apa yang disediakan melalui perlindung­an terbabit serta mempertimb­angkan faktor lain seperti piawaian perkhidmat­an pelanggan, pengendali­an tuntutan dan rekod pencapaian syarikat insurans,” katanya.

Melalui era liberalisa­si, PIAM dan MTA turut memperkena­lkan Pemilih Produk Motor di laman web mereka bagi memudahkan orang ramai membeli polisi insurans/takaful motor secara atas talian di mana pengguna boleh meminta sebut harga daripada pengendali insurans/takaful pilihan.

Sehingga 16 Julai 2018, 55 produk insurans/takaful motor baru dilancarka­n termasuk perlindung­an untuk rim, kerusi kereta kanak-kanak, kunci kawalan jauh untuk sistem penghidup kereta tanpa kunci serta kerosakan perlindung­an banjir.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia