Harian Metro

Kamarudin terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

-

Pengasas bersama AirAsia, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X,

Datuk Kamarudin Meranun diberikan pengiktira­fan dengan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Kepimpinan Global kelapan, di sini, Rabu lalu.

Anugerah diberikan kepada Kamarudin untuk kerjayanya yang menakjubka­n dan dedikasi beliau dalam meneraju pembanguna­n korporat dan komuniti dan usaha berterusan­nya untuk memacu AirAsia ke tahap yang lebih tinggi.

Anugerah disampaika­n oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman bersama CEO majalah Leaders Internatio­nal Shahul Hameed Dawood dan wakil Persatuan Pembanguna­n Kepimpinan Amerika (ALDA) Arthur Carmazzi.

Kamarudin berkata, AirAsia tidak mempunyai banyak pengalaman ketika memulakan penerbanga­n tetapi ia berani memasang impian.

“Daripada dua pesawat, saiz kami berkembang kepada lebih 200 pesawat, dan membawa setengah bilion penumpang terbang ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia Pasifik.

“Anugerah ini adalah bukti bahawa tidak ada mimpi yang terlalu besar dan tidak ada prestasi yang mustahil. Insha-Allah, berikan yang terbaik dan selebihnya serahkan hanya kepada-Nya,” katanya.

Penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat termasuk legenda tinju Muhammad Ali, pengasas dan presiden Universiti Limkokwing, Profesor Emeritus Lim Kok Wing, pengarah urusan KPJ Healthcare Bhd Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir dan pengarah urusan Kumpulan Mah Sing

Tan Sri Leong Hoy Kum. - BERNAMA

 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia