Harian Metro

Padah kacau isteri rakan

- Agensi

Seorang lelaki memotong kemaluan rakan baiknya sebelum mencampak organ itu untuk dimakan anjing selepas mangsa yang mabuk cuba menggoda isteri suspek yang sedang tidur.

Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan dalam kejadian itu, Suwit Tipjantha, 39, dan beberapa rakannya minum arak di rumah Permsak Petprasert, 50, pada malam Sabtu lalu.

Apabila mereka kehabisan arak, Permsak dan seorang lagi rakan mereka pergi ke kedai untuk membeli arak meninggalk­an Suwit di rumah bersama isterinya, Tin yang tidur di dalam bilik.

Suwit yang bekerja sebagai tukang cat kenderaan dilaporkan cuba menggoda wanita berusia 52 tahun itu dengan memegang tangannya.

Wanita itu yang terkejut dengan tindakan Suwit terus berlari ke luar rumah dan menjerit meminta tolong kepada suaminya yang baru pulang dari kedai.

Permsak memberitah­u polis, dia yang marah terus memukul Suwit dengan tukul hingga lelaki itu pengsan dan terus memotong kemaluan mangsa dengan pisau sebelum mencampak organ

 Hilang kemaluan selepas dipotong, diberi makan anjing

itu kepada anjingnya untuk dimakan.

Lebih malang lagi, Suwit bangun keesokan harinya di hospital dengan tidak mengingati apa yang berlaku pada malam itu dan kenapa kemaluanny­a hilang.

“Saya minum bir dan arak bersama rakan saya. Saya tidak ingat apa-apa selepas itu,” kata Suwit.

Permsak yang ditahan polis mengaku melakukan serangan itu tetapi menegaskan bahawa dia tidak menyesal memotong kemaluan rakannya itu.

“Saya akan melakukan perkara yang sama untuk melindungi isteri saya,” jelasnya.

Polis memberitah­u, Permsak didakwa melakukan serangan hingga menyebabka­n kecederaan parah dan dia berdepan hukuman penjara dari enam hingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia