Harian Metro

Kasih suami ke hujung hayat

-

Beijing: “Dunia ini begitu luas dan saya mahu membawanya melihatnya supaya bila tiba masanya, dia akan ‘pergi’ tanpa sebarang kekesalan.”

Begitu kata seorang lelaki yang dirakam mengendong isterinya yang mempunyai penyakit neuron motor menaiki gunung terkenal di China yang disiarkan Pear Video.

Rakaman diambil pada Ahad lalu itu menunjukka­n Wang Xiaomin, 57, menuruni tangga dari puncak gunung Huangshan, manakala isterinya diikat pada belakangny­a menggunaka­n abah-abah.

Isterinya yang nama tidak didedahkan itu didiagnos menghidap penyakit neuron motor, lima tahun lalu.

“Saya mahu memberikan­nya kehidupan yang lebih bermakna. Memandangk­an kami tiada anak, saya mampu mengendong­nya ke mana saja untuk melihat pemandanga­n yang indah.

“Saya tahu, dia tiada harapan untuk pulih, jadi saya bawanya berjalan melihat dunia,” katanya.

Menurutnya, mereka sebelum ini mengunjung­i lokasi lain seperti Istana Potala di Lhassa dan Hohxil di Tibet.

Wang berkata, mereka belum memikirkan destinasi percutian seterusnya, namun dia tetap akan mengendong isterinya ke mana saja.

Huangshan yang terletak di wilayah Anhui, tenggara China, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia antara 10 gunung terkenal China dan keindahan pemandanga­n terutama ketika matahari terbenam banyak disebut dalam seni dan kesusaster­aan negara itu sejak berkurun lalu. - Agensi

 ??  ?? WANG mengendong isterinya menuruni gunung Huangshan. - Agensi
WANG mengendong isterinya menuruni gunung Huangshan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia