Harian Metro

Imran Khan hampir pasti PM Pakistan

-

Islamabad: Bekas bintang kriket Pakistan, Imran Khan yang kini menjadi ahli politik semakin hampir untuk berkuasa semalam selepas pilihan raya umum yang dicemari dengan kelewatan kiraan undi dan tuduhan berlakunya penipuan.

Selepas 48 peratus daripada jumlah keseluruha­n undi dikira, parti Tehreek-i-Insaf (PTI) pimpinan Imran mendahului parti lain dengan jumlah yang besar.

Suruhanjay­a Pilihan Raya Pakistan mengumumka­n PTI mendahului di 113 daripada 272 kawasan Dewan Nasional yang dipertandi­ngkan.

Parti Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif mendahului di 66 kawasan pengundian, manakala Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang diketuai oleh anak bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto menguasai 39 kawasan.

Setiausaha Suruhanjay­a Pilihan Raya, Babar Yaqoob, berkata, pengumuman keputusan akhir tertangguh akibat masalah teknikal.

“Tiada konspirasi atau tekanan untuk menangguhk­an pengumuman keputusan pilihan raya.

“Penangguha­n ini disebabkan oleh masalah sistem penghantar­an keputusan,” kata Babar kepada wartawan.

Keputusan itu dianggap sebagai kemenangan besar kepada Imran yang berjuang menentang rasuah walaupun karier politiknya pada mulanya dilihat kurang menyerlah.

Pasaran saham melonjak hampir 2 peratus pada awal dagangan semalam kerana Imran dilihat mampu menubuhkan pakatan kerajaan yang stabil.

Pakistan berdepan masalah ekonomi meruncing dan kemungkina­n memerlukan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabang­sa walaupun PTI tidak menolak untuk meminta pinjaman daripada China. - Reuters

 ??  ?? PENYOKONG PTI bersorak sambil memegang poster Imran Khan selepas parti itu diumumkan mendahului pilihan raya umum Pakistan semalam. - AFP
PENYOKONG PTI bersorak sambil memegang poster Imran Khan selepas parti itu diumumkan mendahului pilihan raya umum Pakistan semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia