Harian Metro

UJIAN GETIR JUNE WEI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Juara Terbuka Belanda dan pemenang pingat emas Sukan Remaja Olimpik Nanjing 2014, Cheam June Wei akan menggalas tugas berat menggantik­an Datuk Lee Chong Wei ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan, selepas jaguh perseorang­an lelaki negara itu menarik diri kerana masalah kesihatan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia

(BAM), Datuk Seri

Norza Zakaria berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincang­an dengan ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek kelmarin.

“Saya bercakap dengan Misbun, semalam dan membincang­kan mengenai pemain yang menggantik­an Chong Wei bagi acara berpasukan dan perseorang­an lelaki. Seperti sedia maklum beberapa nama sudah dikemukaka­n sebelum ini berdasarka­n senarai panjang dan mereka membabitka­n Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing serta June Wei,” katanya pada sidang media semalam.

Ujarnya, selepas mendapat pengesahan Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T), mereka melakukan proses penukaran nama kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami mungkin menyenarai­kan June Wei sebagai ganti (tempat Chong Wei). Dalam masa sama sasaran pingat juga berubah. Sebelum ini kami menetapkan sasaran tiga pingat tidak kira sebarang warna namun disebabkan perkara ini ia dikurangka­n kepada dua.

(gambar)

“Seperti kenyataan akhbar baru-baru ini, kami beri peluang dan ruang kepada Chong Wei menjalani proses pemulihan dalam masa sebulan. Kami harap dia kembali cergas,” kata Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sementara itu, Pengerusi C&T, Datuk Ng Chin Chai berkata, Misbun sendiri membuat saranan untuk memberi ruang kepada naib juara Terbuka Finland dan Austria itu.

Sebagai rekod, Chong Wei memenangi gangsa acara perseorang­an lelaki selain membantu pasukan negara menduduki tempat ketiga di

 BAM pilih pemain muda perseorang­an negara galas tugas berat ke Sukan Asia

Sukan Asia Incheon, empat tahun lalu.

Perseorang­an lelaki yang tersenarai kali ini membabitka­n Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven manakala beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin serta Chan Peng Soon-Goh Soon Huat.

Chong Wei bukan saja menarik diri daripada Sukan Asia, malah terpaksa melupakan Kejohanan Dunia di Nanjing minggu depan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia terpaksa berehat sebulan.

 ??  ?? HEE Ying
HEE Ying
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia