Harian Metro

Khairul dapat ‘tonik’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Kembali pamer bisa apabila lakar catatan terbaik di Jerman

Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan (gambar) akhirnya kembali menemui rentak lariannya apabila berjaya melakar catatan masa terbaik peribadi tahun ini di Jerman, kelmarin.

Khairul Hafiz yang kini berada di Jerman dalam rangka latihan dan pertanding­an bagi memburu tempat ke temasya Sukan Asia Indonesia bulan depan mengunggul­i saingan pada Kejohanan Kebangsaan Besigheim, Jerman dengan catatan 10.28s dalam acara 100m, catatan terbaiknya tahun ini.

Zulfiqah Ismail di tempat kedua mencatat 10.40s, turut berjaya merekod catatan terbaik peribadi, manakala tempat ketiga juga milik pelari negara Jonathan Nyepa, 10.42s.

Ia disifatkan penutup paling manis buat atlet negara yang berkampung di Jerman selama dua bulan sebelum pulang ke tanah air minggu depan.

Bagi jurulatih Khairul Hafiz dan Zulfiqah, Mohd Poad Md Kassim, beliau menuntut Kesatuan Olahraga Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempertimb­angkan penyertaan Khairul Hafiz ke Sukan Asia.

Tegasnya ini adalah peluang terbaik buat Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 dan 200m itu bersaing dengan atlet bertaraf dunia selain menimba pengalaman berguna untuk dijadikan bekalan pada masa depan biarpun tidak melepasi syarat kelayakan atas tiket kategori A iaitu 10.18s.

“Sukan olahraga bukan sukan magis. Ia perlukan pendedahan. Atlet tidak boleh melakar kejutan jika peluang tidak diberikan.

“Saya harap Khairul Hafiz akan diberi peluang ke Sukan Asia. Untuk mendapatka­n pingat kali ini mungkin sukar tapi dia perlu pengalaman kerana dengan pengalaman akan mematangka­nnya pada Sukan Asia seterusnya.

“Semoga perkara ini dapat dipertimba­ngkan dan mereka dapat melihat lebih jauh perkara ini,” katanya.

Mengakui prestasi raja pecut Asia Tenggara itu terumbang-ambing apabila tewas pada Kejohanan Terbuka Malaysia Mei lalu, selain masa yang tidak memberangs­angkan iaitu 10.50s di temasya Sukan Komanwel Gold Coast, namun Khairul Hafiz kini membuktika­n dia masih lagi pelari terbaik negara.

Tegas Poad, ketika Singapura dan Brunei turut menghantar pelari pecut mereka di Sukan Asia, di manakah tempat buat pelari pecut negara biarpun Malaysia mempunyai ramai pelari yang boleh diketengah­kan.

Terdahulu pada pertanding­an sebelum di Jerman, Jonathan dan Zulfiqar mengunggul­i tempat pertama dan kedua, masing-masing dengan catatan masa 10.46s dan 10.52s dalam final B. Khairul Hafiz pula sekadar menamatkan saingan final A di kedudukan keempat dengan catatan masa 10.39s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia