Harian Metro

Kannagi nafi sengaja ketepikan Kirandeep

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita bawah 16 tahun Kuala Lumpur, A Kannagi menafikan pihaknya sengaja mengetepik­an pemain kebangsaan, Kirandeep Kaur (gambar) pada Kejohanan Hoki B-16 Kebangsaan, Mac lalu.

Sebaliknya, Kannagi menegaskan, beliau mempunyai sebab yang jelas mengapa tidak memilih Kirandeep untuk beraksi pada kejohanan itu.

“Kirandeep tidak hadir pada sesi pemilihan untuk diserap ke latihan pusat bersama pasukan Kuala Lumpur.

“Walaupun dia tidak hadir, saya tetap memilihnya dalam senarai 18 pemain untuk latihan pusat sebelum bermulanya kejohanan. Bagaimanap­un dia juga tidak hadir sepanjang lapan hari itu.

“Jadi bagaimana saya mahu memilih pemain untuk beraksi dalam satu-satu kejohanan sekiranya dia tidak hadir ketika latihan pusat,” katanya.

Kannagi berkata, Kirandeep memang pernah hadir pada awal sesi pemilihan yang ketika itu dikendalik­an oleh jurulatih dari luar negara.

“Namun selepas khidmat jurulatih itu ditamatkan ketika sesi pemilihan, saya pula dilantik sebagai jurulatih baru dan sepanjang di bawah kendalian saya, Kirandeep tidak hadir,” katanya.

Jelas Kannagi, Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) juga sudah mengemukak­an surat kepada Jabatan Pendidikan sebulan sebelum bermulanya kejohanan untuk pihak sekolah memberi pelepasan kepada pemain.

“Jadi sesuatu yang mustahil pemain termasuk Kirandeep tidak tahu mengenai sesi latihan pusat.

“Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk memanggiln­ya hadir ke latihan pusat, tetapi dia tetap juga tidak datang,” katanya.

Sukan NSTP sebelum ini melaporkan mengenai Kirandeep yang tidak terpilih mewakili skuad B-16 Kuala Lumpur untuk Kejohanan Hoki B-16 Kebangsaan hingga mengejutka­n ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah.

Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk memanggiln­ya hadir ke latihan pusat, tetapi dia tetap juga tidak datang”

A Kannagi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia