Harian Metro

Peluang sertai AMPG 2018

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai masih berpeluang menyertai Sukan Masters Asia Pasifik 2018 (APMG 2018) di Pulau Pinang dari 7 hingga 15 September depan bagi menguji kemampuan mereka berentap dengan peserta negara luar.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Asia-Pasific Masters Games Sdn Bhd, Linda Geh berkata, seramai 3,500 peserta yang akan menyertai 22 jenis sukan sudah menghantar borang penyertaan dengan tarikh tutup penyertaan pada 7 Ogos ini.

“Kami harap sasaran 5,000 penyertaan akan dapat dicapai kerana orang ramai boleh turut serta dengan purata umur penyertaan adalah 30 tahun kecuali renang yang had umur penyertaan bermula dari 25 tahun.

“Apa yang uniknya mengenai temasya ini, setiap peserta akan bertanding mengikut kategori umur masing-masing dan kami menerima penyertaan peserta tertua setakat ini berumur 86 tahun yang berasal dari New Zealand dan akan menyertai acara larian 10 kilometer,” katanya dalam sidang media ketika majlis pelancaran pakaian rasmi APMG 2018 di Wisma UFL, semalam.

Selain penyertaan orang ramai, Linda berkata, temasya itu juga menarik minat penyertaan bekas atlet termasuk bekas pemanah negara, Cheng Chu Sian yang menjadi antara peserta terawal mendaftar.

Terdahulu, pengedar barangan sukan dan aktiviti luar terbesar di Malaysia, Universal Fitness & Leisure (UFL) Sdn Bhd menerusi jenamanya, FBT membekalka­n pakaian rasmi sepanjang APMG 2018 dengan pakaian rasmi itu boleh diperoleh menerusi laman web www.apmg2018. com.

 ?? FOTO: ?? TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong (belakang, lima dari kanan) menunjukka­n pakaian rasmi kejohanan AMPG 2018. Linda (belakang, empat dari kanan).
FOTO: TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong (belakang, lima dari kanan) menunjukka­n pakaian rasmi kejohanan AMPG 2018. Linda (belakang, empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia