Harian Metro

MANFAAT KEALPAAN CITIZENS

- AFP

 Salah, Mane wira Liverpool

East Rutherford, AS

Mohamed Salah dan Sadio Mane menemui sasaran ketika membantu Liverpool bangkit menewaskan juara Liga Perdana Inggeris Manchester City 2-1 dalam aksi persahabat­an Piala Juara Antarabang­sa, semalam.

Mane meledak gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Juergen Klopp ke atas City yang turun tanpa kekuatan sebenar di Stadium MetLife.

“Babak kedua menggembir­akan saya, babak pertama tidak berapa,” kata Klopp yang turut memuji persembaha­n Mane yang dimasukkan pada babak kedua.

“Anda dapat lihat perbezaann­ya apabila Mane dimasukkan. Dia mengawal keadaan dan menyukarka­n lawan. Dengan keadaan itu dan beberapa pertukaran lain, ia mengubah permainan.”

Klopp dan rakan sejawatan di City, Pep Guardiola bagaimanap­un kurang berpuas hati dengan corak permainan ditampilka­n anak buah masing-masing di padang yang digunakan oleh pasukan NFL New York Jets dan New York Giants.

“Lebih sesuai membaling bola daripada membuat hantaran di arena ini,” kata Klopp.

Guardiola pula berkata, beliau lega apabila pemainnya tidak cedera.

“Ini berlaku ketika musim pertama saya dengan Barcelona dan saya amat marah, kecewa,” kata Guardiola ketika ditanya mengenai padang.

“Saya semakin matang. Saya melihatnya dari sisi lain. Ia adalah perniagaan. Kami berdoa sebelum permainan supaya tidak berlaku kecederaan dan itu yang terjadi.”

Liverpool dan City mengharung­i persiapan pramusim di Amerika Syarikat tanpa beberapa tonggak utama masing-masing yang beraksi di Piala Dunia.

Pada perlawanan itu, City mendahului menerusi pemain Jerman, Leroy Sane pada minit ke-57.

Bintang Mesir, Salah pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-62 sebaik dimasukkan dan Mane menyempurn­akan sepakan penalti selepas Tosin Adarabioyo merempuh Dominic Solanke pada masa kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia