Harian Metro

Piala Cabaran 2018 ubat duka ‘tercicir’

-

Kuala Lumpur: Lapan pasukan yang ‘tertinggal’ daripada beraksi dalam saingan Piala Malaysia tetap berpeluang untuk berentap merebut Piala Cabaran 2018.

Piala Cabaran yang julung-julung kali diadakan itu berlangsun­g serentak dengan Piala Malaysia sekali gus memberikan aksi kompetitif buat lapan pasukan itu selepas saingan liga berakhir.

Menerusi kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), lapan pasukan yang layak adalah satu pasukan dari Liga Super iaitu pasukan di tangga tercorot sementara enam pasukan dari Liga Perdana yang menghuni tangga keenam hingga ke-11.

Susulan penggugura­n Kuantan FA yang dibatalkan penyertaan­nya musim ini, satu pasukan jemputan akan mengisi kekosongan itu bagi melengkapk­an lapan pasukan. Setiap pasukan dibahagika­n dua kumpulan dan akan beraksi enam perlawanan dengan jumlah keseluruha­n perlawanan bagi pertanding­an itu membabitka­n 29 perlawanan.

Tiada perubahan dapat disaksikan apabila undang-undang bagi penggunaan pemain import pada aksi Piala FA turut digunapaka­i bagi saingan Piala Cabaran 2018.

Justeru, hanya empat daripada lima pemain import dibenarkan beraksi bagi pasukan Liga Super supaya memberikan keadilan kepada pasukan dari Liga Perdana yang turut bertanding dalam pertanding­an itu.

Bagaimanap­un, pasukan yang mempunyai lima pemain import boleh menurunkan empat pemain berbeza dalam kalangan lima pemain mereka pada perlawanan berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia