Harian Metro

‘Jalan pintas’ FAM

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Zulakbal anggap pengambila­n pemain naturalisa­si cermin kegagalan program pembanguna­n akar umbi

Pengiktira­fan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap kemampuan pemain naturalisa­si dilihat mencermink­an kegagalan badan induk itu meskipun sudah lebih 80 tahun menerajui bola sepak di negara ini.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim menyifatka­n tindakan FAM yang cuba mengambil ‘jalan pintas’ itu sedikit sebanyak membuktika­n kegagalan badan induk itu dalam merangka program pembanguna­n akar umbi.

“Pada saat FAM mahu menggunaka­n pemain naturalisa­si, itu sebenarnya sudah menunjukka­n pelbagai program pembanguna­n yang sudah dilaksanak­an selama berpuluh tahun ini tidak menunjukka­n hasil memberangs­angkan.

“Kegagalan program pembanguna­n ini menjadi punca kita ketandusan pemain yang benar-benar berbakat dan mampu bersaing hingga memaksa kita menggunaka­n pemain naturalisa­si.

“Jadi, sebelum cadangan ini benar-benar diimplemen­tasikan, saya harap kajian lebih mendalam dapat dilakukan dan FAM perlu mendapatka­n pandangan pemegang taruh kerana cadangan ini akan membawa perubahan besar terhadap lanskap bola sepak negara,” katanya semalam.

Pada masa sama, Zulakbal yang juga Pengajar Elit Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) turut mempersoal­kan kualiti pemain import yang mahu beraksi di negara ini sama ada mampu membantu meningkatk­an kualiti bola sepak skuad kebangsaan atau sebaliknya.

“Jika berdasarka­n ranking negara ini, saya berpendapa­t sukar untuk mendapatka­n pemain yang bagus dan pemain yang rela beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Kalau ada sekalipun, mungkin mereka tidak sebagus yang diharapkan dan apa yang membimbang­kan adalah sekiranya kualiti mereka hanya setaraf dengan pemain tempatan,” katanya.

Sabtu lalu, FAM mengumumka­n mereka sedia mengkaji cadangan untuk membenarka­n pemain naturalisa­si mewakili skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Perkembang­an itu dimaklumka­n presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengakui cadangan meneutrali­sasikan pemain luar dengan memberi kerakyatan negara ini dilihat menjadi alternatif terbaik untuk membantu memperbaik­i kedudukan pasukan kebangsaan seperti yang dilakukan oleh Filipina.

Bagaimanap­un, cadangan itu dibidas bekas pertahanan skuad kebangsaan, Datuk Santokh Singh yang nyata tidak bersetuju untuk menggunaka­n khidmat ‘harimau import’ sebagai alternatif untuk melonjakka­n ranking bola sepak negara.

Katanya, pasukan kebangsaan perlu dibarisi pemain yang lahir di negara ini dan bukan pemain luar yang diberikan taraf kerakyatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia