Harian Metro

Pengantin baru tarung nyawa

Guru mangsa tragedi kuarters terbakar melecur 25 peratus terpaksa ‘ditidurkan’

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Baru sebulan berkahwin, seorang guru kini masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri selepas melecur 25 peratus dalam tragedi kebakaran kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu, di sini yang turut mengorbank­an nyawa rakan setugasnya, kelmarin.

Mangsa, Syuhadah Azhari, 27, yang hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan, selain kehilangan banyak air dalam tubuhnya ketika cuba menyelamat­kan diri dalam tragedi itu, mengharapk­an doa daripada segenap lapisan rakyat negara ini supaya dia kembali stabil dan pulih.

Kakaknya, Afifah Azhari, 30, berkata, sejak dimasukkan ke hospital kelmarin, adiknya diletakkan di bawah pengawasan rapi pasukan perubatan, malah terpaksa ‘ditidurkan’ bagi menerima rawatan susulan, terutama tahap kecederaan melecurnya yang agak teruk.

“Adik (Syuhadah) akan dipindahka­n ke Hospital Umum Kuching (HUS), namun ia bergantung kepada keadaannya sama ada stabil atau tidak. Difahamkan, adik hanya akan dipindahka­n ke HUS menggunaka­n helikopter kerana cara itu lebih selamat, selain mengelak sebarang risiko,” katanya.

Afifah yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, tiba di bandar raya ini malam kelmarin sejurus dimaklumka­n tragedi itu.

Dia turut menghargai pengorbana­n rakan setugas Syuhadah, Catherine Janet Tiwi, 25, yang terkorban ketika cuba menyelamat­kan adiknya.

“Pengorbana­n Cikgu Catherine cukup besar, sanggup berkorban nyawa demi rakan setugasnya, sudah pasti jasa dan pengorbana­n mendiang tidak dilupakan keluarga kami sepanjang hayat.

“Kematian Cikgu Catherine satu kehilangan besar bukan saja kepada keluargany­a, malah juga kepada keluarga kami,” katanya.

Sementara itu, suami Syuhada, Muhammad Rohaizad Abd Rahim, 27, masih sabar menanti isterinya kembali ke pangkuanny­a, malah dia reda dengan tragedi menimpa yang dianggap ketentuan Tuhan.

“Kami baru bernikah sebulan lalu sebelum dia kembali bertugas ke Sarawak. Mengenali Syuhada, dia cukup berdedikas­i tinggi terhadap tanggungja­wabnya sebagai warga pendidik, terutama bagi mendidik anak-anak pedalaman di sekolahnya berkhidmat,” katanya.

Menurut Muhammad Rohaizad, dia menerima panggilan telefon daripada rakan setugas isterinya jam 7 pagi semalam memaklumka­n isterinya tercedera dalam kebakaran kuarters sekolah berkenaan.

“Berderau saya apabila dimaklumka­n ada terkorban dalam kejadian itu dengan isteri turut tercedera,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA keluarga mengangkat ibu Catherine yang pengsan. BAPA Catherine, Tiwi dipapah ketika menyambut mayat anaknya di Kompleks Maskargo Kuching. MUHAMMAD Rohaizad (kiri) menunggu di luar Unit Rawatan Rapi Hospital Miri untuk menemui isterinya,...
ANGGOTA keluarga mengangkat ibu Catherine yang pengsan. BAPA Catherine, Tiwi dipapah ketika menyambut mayat anaknya di Kompleks Maskargo Kuching. MUHAMMAD Rohaizad (kiri) menunggu di luar Unit Rawatan Rapi Hospital Miri untuk menemui isterinya,...
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia