Harian Metro

Lindung penyu

- Juzaimie Jazlan cnews@nstp.com.my

 Kerajaan ambil tiga langkah elak ancaman kepupusan

Kerajaan negeri menekankan tiga langkah utama iaitu pemakluman, kefahaman serta tindakan dalam memastikan usaha memelihara penyu daripada ancaman kepupusan, selain mengekang aktiviti penjualan dan pembelian.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Assafal P Alian berkata, ia bermaksud program kesedaran kepada masyarakat dan pihak berkaitan perlu digiatkan bagi mencapai hasrat berkenaan.

“Banyak mana sekalipun kos dibelanjak­an, tetapi jika kesedaran masih tidak wujud, usaha itu (memelihara penyu) menjadi sia-sia.

“Sehubungan itu, usaha memberi kesedaran akan ditingkatk­an selain penguatkua­saan oleh agensi berkaitan dilaksanak­an tanpa henti menerusi kerjasama pelbagai pihak,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Penyu Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Semporna di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Manis Muka Mohd Dara, Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah dan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga.

Terdahulu, seramai 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah di sini, dilantik sebagai Renjer Muda Hidupan Liar, antara lain bertujuan membantu usaha kerajaan melindungi hidupan liar serta alam sekitar di negeri ini.

Sebanyak RM10,000 disalurkan kepada sekolah itu bagi pelaksanaa­n program Pendidikan Hidupan Liar serta aktiviti pembelajar­an bagi melindungi alam sekitar, flora dan fauna.

Sempena majlis itu, majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an Program Penetasan Telur Penyu diadakan antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pom-Pom Resort and Tours Sdn Bhd, Reef Dive Resort and Tours Sdn Bhd serta Dive Semporna Sdn Bhd.

Sambutan Hari Penyu Sedunia peringkat negeri bertemakan ‘Si Penyu Kesayangan Ku’ itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai ancaman dihadapi spesies hidupan marin itu, selain menyalurka­n ilmu berhubung pemelihara­an serta konservasi untuk menyelamat­kannya daripada ancaman kepupusan.

 ??  ?? ASSAFAL (tengah) menyampaik­an replika cek bernilai RM10,000 kepada Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah, Abdul Aziz Abdul Rashid selepas merasmikan Sambutan Hari Penyu Sedunia Peringkat Negeri Sabah.
ASSAFAL (tengah) menyampaik­an replika cek bernilai RM10,000 kepada Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah, Abdul Aziz Abdul Rashid selepas merasmikan Sambutan Hari Penyu Sedunia Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia