Harian Metro

Buka semula masjid kepada pelancong

-

Kinabalu: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) dijangka dibuka semula kepada pelancong asing mulai 1 Ogos ini dengan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuk dikenakan bayaran masuk RM5 bagi setiap pelancong.

Antara SOP ditetapkan ialah operator pelanconga­n harus berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) serta Pengurusan Pelanconga­n Masjid Bandaraya (PP-MBR) termasuk pelancong bebas, selain membuat tempahan tiga hari waktu bekerja sebelum lawatan.

Selain itu, ketika membawa kumpulan pelancong, pelawat diberi penerangan perkara yang tidak boleh dilakukan di kawasan masjid dan mesti berpakaian menutup aurat, tidak boleh membawa makanan ke dalam masjid, selain dibenarkan mengambil gambar di luar dan dalam masjid namun dalam keadaan sopan.

Pengerusi MBR Datuk Abdul Jamal Sakaran berkata, pengenalan SOP baharu itu diharap dapat mengelak berulang perlakuan kurang sopan dalam kalangan pelancong asing, selain memperbaik­i sistem perkhidmat­an pelanconga­n di masjid berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta operator pelanconga­n mendaftar dengan Pengurusan Pelanconga­n Masjid Bandaraya (PP-MBR) sebelum membawa pelancong ke masjid itu.

“Kami cadangkan (dibuka kepada pelancong) secepat mungkin dan kalau sudah ada operator pelanconga­n berdaftar dengan kita, kita jangka masjid boleh dibuka kepada pelancong untuk lawatan pada 1 Ogos ini.

“Kami harap operator pelanconga­n memahami SOP yang diterangka­n dan kerjasama penuh adalah mustahak. Hampir semua SOP lama, cuma kami tambah dan sesuaikan dengan keadaan semasa selepas kejadian itu (pelancong menari di tembok masjid),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penerangan SOP berhubung peraturan menghantar pelancong yang melawat MBR di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Jamal berkata, bayaran masuk RM5 bagi setiap pelancong ketika melawat di luar dan kawasan dalam masjid adalah untuk menampung kos pengurusan masjid.

 ?? Abdul Jamal Sakaran ?? Kami jangka masjid boleh dibuka kepada pelancong untuk lawatan pada 1 Ogos ini”
Abdul Jamal Sakaran Kami jangka masjid boleh dibuka kepada pelancong untuk lawatan pada 1 Ogos ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia