Harian Metro

Suka sama suka

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 12 kes rogol pelajar sekolah menengah tiada elemen paksaan

Polis Kota Kinabalu merekodkan 12 kes rogol membabitka­n pelajar sekolah menengah di daerah ini bagi tempoh Januari lalu hingga kini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, lapan suspek pelajar sekolah manakala empat orang luar dikenali mangsa.

“Daripada analisa yang dilakukan, hampir semuanya dikenali dan perbuatan ini dilakukan suka sama suka dan tiada elemen paksaan.

“Namun perbuatan mengadakan hubungan seks di bawah umur adalah satu kesalahan dan boleh dihukum,” katanya selepas Majlis Penutupan Perkhemaha­n Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, semalam.

Chandra berkata, semua kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sementara itu, beliau berkata, antara punca kes rogol membabitka­n pelajar sekolah berkait dengan penggunaan media sosial terutama aplikasi WeChat, Facebook Messenger dan BeeTalk.

“Mereka boleh melihat dan memuat turun gambar lucah dan pornografi melalui laman web. Jika tidak dikawal penggunaan­nya, ia mempengaru­hi minda pelajar untuk melakukan perkara yang tidak baik,” katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, katanya, perkhemaha­n Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu itu membabitka­n 296 pelajar dari 15 sekolah menengah.

“Perkhemaha­n selama empat hari dan berakhir hari ini adalah aktiviti utama dalam kalender Kor Kadet selain pertanding­an kawat kaki dan Perhimpuna­n Hari Kor Kadet,” katanya.

 ??  ?? CHANDRA (tengah) bersama sebahagian peserta program perkhemaha­n Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu.
CHANDRA (tengah) bersama sebahagian peserta program perkhemaha­n Kor Kadet Polis Daerah Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia