Harian Metro

Mangsa tetak kaku di tepi jalan

-

Kinabatang­an: Seorang lelaki berusia 60-an ditemui mati disyaki dibunuh di tepi jalan di Batu 9, Kampung Lot M, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa ditemui jam 7 pagi oleh orang awam dengan kesan luka di muka sebelah kanan berukuran enam sentimeter, lengan kiri, belakang kepala dan telinga kanan sebelum memaklumka­nnya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata, pemeriksaa­n ke atas mayat itu menemui tiga kesan tetakan.

“Pemeriksaa­n ke atas dokumen pada mangsa mendapati nama yang tertera pada tiga surat Pajak Terhutang Bumi Dan Bangunan dari Indonesia adalah Betta Bin Lamba dan Lamba Bin Pattawe, namun polis masih menyiasat identiti sebenar mangsa.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian menjumpai serpihan jam tangan disyaki milik mangsa yang sudah terlerai dan satu beg pakaian bersama sepasang selipar berwarna hitam.

“Siasatan terhadap beberapa penduduk yang tinggal berhampira­n menyatakan tidak melihat pergaduhan dan tidak mendengar apa-apa jeritan dari luar rumah pada waktu malam sehingga subuh semalam dan hari ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengenal pasti suspek kini giat dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN mayat mangsa di lokasi kejadian.
KEADAAN mayat mangsa di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia