Harian Metro

UniSZA bantu keluarga Dr Mohd Afandi

-

Kuala Terengganu: Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan membantu keluarga pensyarahn­ya, Dr Mohd Afandi Salleh yang kini dalam tawanan tentera laut Israel bersama 21 lagi sukarelawa­n antarabang­sa dalam misi bantuan ke Gaza.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif berkata, pihaknya akan membantu keperluan keluarga Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabang­sa UniSZA itu termasuk sokongan moral serta kaunseling kepada isteri dan anaknya.

Beliau berkata, UniSZA memohon semua pihak mendoakan keselamata­n sukarelawa­n Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) itu dan 21 sukarelawa­n lain dari seluruh dunia selepas kapal Al-Awda ditawan tentera Israel dan dihalang masuk ke Gaza.

“Sebaik menerima berita itu semalam (kelmarin), Alhamdulil­lah kami melakukan solat hajat memohon Allah memelihara keselamata­n dan memudahkan urusan beliau serta seluruh anak kapal Al-Awda.

“Kita berbangga dengan keberanian Dr Mohd Afandi dan mendoakan keluargany­a tabah dalam menghadapi ujian ini kerana pemergiann­ya untuk kali ketiga ke Gaza kali ini agak mencabar,” katanya selepas merasmikan program

English Emmersion Mobility

yang dianggotai 43 pelajar dari 35 universiti di Turki di sini, semalam.

Mohd Afandi, 41, menyertai misi bantuan ke Gaza

Kita berbangga dengan keberanian Dr Mohd Afandi dan mendoakan keluargany­a tabah dalam menghadapi ujian ini”

Dr Ahmad Zubaidi

bersama 21 sukarelawa­n dari 16 negara menaiki kapal Al-Awda yang turut membawa muatan ubat-ubatan dan makanan untuk rakyat Palestin.

Ahmad Zubaidi berkata, Mohd Afandi menyertai

misi bertema Right to A Just

Future For Palestine bersama rakan sukarelawa­n dengan menaiki kapal berkenaan di Cecilia, Itali.

“Kami mendapat makluman daripada pengurusan MyCare mengenai kejadian Kapal Al-Awda dikepung empat kapal tentera laut Israel jam 7.15 malam,” katanya.

Beliau berkata, sejak berita itu diterima MyCARE terputus hubungan dengan kapal serta sukarelawa­n yang berada dalam misi itu.

 ??  ?? KAPAL Al-Awda yang membawa 22 aktivis kemanusiaa­n dunia terputus hubungan komunikasi selepas dipercayai dirampas tentera Israel.
KAPAL Al-Awda yang membawa 22 aktivis kemanusiaa­n dunia terputus hubungan komunikasi selepas dipercayai dirampas tentera Israel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia