Harian Metro

Isteri cemas terima berita

- Saadiah Ismail cnews@nstp.com.my

“Saya bersedia dengan semua kemungkina­n yang akan berlaku. Saya berharap Israel dapat membebaska­n suami serta anak kapal lain dengan selamat,” ujar Ayu Mazlan, 45, berhubung penahanan suaminya yang juga wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh oleh tentera Israel.

Mangsa diculik tentera Israel jam 7.15 malam kelmarin waktu Malaysia di perairan antarabang­sa ketika dalam misi kemanusiaa­n pelayaran kapal Al-Awda bersama 22 aktivis menuju ke semenanjun­g Gaza, Palestin.

Menurutnya, dia kali terakhir berhubung dengan suaminya kelmarin dan Mohd Afandi menyatakan semuanya baik saja.

“Tetapi apabila mengetahui mengenai penahanan itu, saya cemas dan takut. Namun atas nasihat dan yakin dengan perancanga­n Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE), saya reda dengan harapan semua terkawal.

“Bagi saya tindakan Israel begitu kejam kerana itu bantuan kemanusiaa­n daripada semua negara termasuk bukan Islam. Jadi saya berharap tindakan mereka akan mendapat pembalasan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat MyCARE, dekat sini, semalam.

Turut menemani dua anaknya Adib Affandi, 11, dan Anis Afifah, 20.

Sementara itu, Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, tindakan Israel dengan merampas dan menculik anak kapal Al-Awda di perairan antarabang­sa dianggap sebagai mencabul kehormatan undang-undang maritim.

Katanya, Israel tidak berhak menahan kapal Al-Awda daripada belayar di perairan antarabang­sa dan tindakan menghalang masuk ke Gaza serta menyekat semua akses luar bertentang­an dengan Konvensyen Geneva Keempat yang menegah hukuman kolektif ke atas mana-mana komuniti.

“Tindakan merampas dan membawa anak kapal masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan, malah mereka tidak berhak melayan anak kapal seperti penjenayah.

“Kapal Al-Awda belayar secara aman tanpa provokasi, tidak membawa senjata dan hanya membawa mesej solidariti serta sedikit bantuan perubatan. Justeru tindakan Israel ini tidak ubah seperti lanun, ” katanya.

Ketika ini, anak kapal Al-Awda semua berada dalam keadaan selamat dan kapal mereka ditunda di Pelabuhan Ashdod.

Kapal Al-Awda belayar sejak 22 Mei lalu bermula dari Copenhagen, Denmark dengan penyertaan 13 rakyat Malaysia secara bergilir-gilir. Ia mempunyai tujuan kemanusiaa­n dengan menghantar 116 kotak bekalan ubatan bernilai hampir RM62,000 disebabkan keadaan yang begitu kritikal.

Misi itu juga bertujuan membebaska­n Gaza daripada sekatan zalim Israel yang berlanjuta­n lebih daripada 12 tahun.

Dr Hafidzi berkata, MyCARE menghubung­i dan memaklumka­n kepada Wisma Putra supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“MyCARE dengan bantuan Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga mengaktifk­an komunikasi dengan pasukan peguam bagi membantu pembebasan Mohd Affandi. Peguam yang akan menguruska­nnya ialah Gaby Larsky iaitu peguam sama yang menguruska­n pembebasan remaja Palestin semalam.

“Justeru, MyCARE menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggunaka­n peruntukan yang ada untuk menjamin keselamata­n anak kapal daripada 16 negara sehingga selamat pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Saya berharap tindakan mereka akan mendapat

pembalasan

Ayu Mazlan „ Keluarga harap mangsa culik tentera rejim Zionis dalam misi menuju Gaza selamat

 ??  ?? DR Mohd Afandi bersama keluarga sebelum berlepas ke Palermo, Itali pada 15 Julai lalu bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza.
DR Mohd Afandi bersama keluarga sebelum berlepas ke Palermo, Itali pada 15 Julai lalu bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia