Harian Metro

Mabuk bawa bala

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Dua lelaki pukul suami isteri dibelasah penghuni perumahan

Tindakan dua lelaki mabuk membuat bising dan memukul pasangan suami isteri mengundang padah apabila mereka dikejar sebelum dibelasah orang ramai.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, suspek didakwa dibelasah penghuni Rumah Panjang Jinjang Utara di sini, yang geram dengan perbuatan mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, R Munusamy berkata, kejadian berlaku apabila seorang wanita berusia 26 tahun bersama suaminya, 20-an menaiki dua motosikal berasingan melalui kawasan itu untuk mengambil dua anak mereka di rumah ibu saudara.

Menurutnya, mangsa terserempa­k sekumpulan lelaki mabuk dan dua lagi individu menaiki motosikal serta membuat bising di kawasan permainan berhampira­n.

“Kedua-dua lelaki itu membuat provokasi terhadap mangsa dengan membunyika­n ekzos bingit menggunaka­n motosikal Yamaha 125Z ditunggang.

“Mangsa kemudian menegur suspek, namun dihambur kata-kata kesat sebelum berlaku pertengkar­an.

“Seorang daripada suspek menyerang mangsa wanita dengan menumbuk dan menendangn­ya di bahagian tangan kanan serta kaki kiri.

“Suami mangsa cuba menyelamat­kannya daripada terus diserang, namun dua lelaki terbabit terus memuhuni kulnya,” katanya.

Beliau berkata, dua suspek terbabit kemudian melarikan diri ke bahagian belakang kawasan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Jinjang Utara.

“Mereka bagaimanap­un dikejar dan dipukul peng- perumahan berkenaan kerana tidak puas hati dengan tindakan dua suspek terbabit memukul mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunaka­n senjata,” katanya.

Kejadian suspek dipukul turut tular di media sosial apabila video penghuni memukul suspek dikongsi di Facebook, semalam.

Dalam video berkenaan menunjukka­n seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki yang dipercayai bersenjata­kan kayu.

 ?? R Munusamy ?? Mereka bagaimanap­un dikejar dan dipukul penghuni perumahan berkenaan kerana tidak puas hati dengan tindakan dua suspek terbabit memukul mangsa”
R Munusamy Mereka bagaimanap­un dikejar dan dipukul penghuni perumahan berkenaan kerana tidak puas hati dengan tindakan dua suspek terbabit memukul mangsa”
 ??  ?? VIDEO penghuni pukul dua suspek tular di media sosial sejak semalam.
VIDEO penghuni pukul dua suspek tular di media sosial sejak semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia