Harian Metro

Tertembak rakan ketika berburu

-

Tembak rakan sendiri hingga cedera parah selepas disangkaka­n babi hutan ketika berburu.

Itu tindakan cuai seorang lelaki yang ditahan polis selepas tertembak rakan sendiri ketika berburu di trek laluan hutan di Kampung Rantai Rosok di sini, Rabu lalu.

Suspek berusia 56 tahun itu ditahan di kawasan kampung berkenaan jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis

Daerah Kota Belud, Superinten­dan Mohd

Zaidi Abdullah berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku keluar berburu bersama mangsa jam 7.30 malam 25 Julai lalu, sebelum berpecah ketika masuk ke hutan.

“Ketika di hutan, suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa dari jarak hampir 50 meter kerana menyangka mangsa adalah babi hutan.

“Tembakan itu terkena rakannya (mangsa) lalu dia dengan dibantu anaknya segera membawa mangsa keluar dari hutan itu. Senapang yang digunakann­ya ketika menembak dibuang suspek akibat panik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zaidi berkata, susulan tangkapan itu, polis turut merampas dua senapang jenis bakakuk dan sebutir kelongsong peluru kosong jenis penabur di kawasan Kampung Rantai Rosok di sini.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa, Eliksius Kuintin, 26, cedera di beberapa bahagian badan akibat terkena tembakan dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu, namun keadaannya dilaporkan stabil.

 ??  ?? SENAPANG yang dirampas daripada lelaki di Kampung Rantai Rosok, Kota Belud.
SENAPANG yang dirampas daripada lelaki di Kampung Rantai Rosok, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia