Harian Metro

Tidak tolak teori campur tangan ‘pihak ketiga’

-

Putrajaya: Pasukan penyiasat keselamata­n pesawat MH370, tidak menolak kemungkina­n campur tangan ‘pihak ketiga’ dalam misteri kehilangan pesawat itu menyebabka­n ia tersasar daripada laluan penerbanga­n asal dan berpatah balik ketika di ruang udara antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac 2014.

Ketua Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Annex 13 Pertubuhan Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO)

Malaysia bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, bagaimanap­un berkata, pengesahan berhubung perbuatan itu tidak dapat dibuat tanpa pemeriksaa­n terhadap data penerbanga­n dan bangkai pesawat, selain tidak dapat memastikan siapa yang bertanggun­gjawab.

Beliau berkata, kekurangan bukti fizikal yang mencukupi juga menyumbang kepada

kegagalan pasukan penyiasata­n yang diketuainy­a dalam menentukan punca sistem pengesanan pesawat itu, tiba-tiba dinyah aktifkan, selain corak penerbanga­n yang tidak mengikut pelan asal.

“Oleh kerana kekurangan bukti, kemungkina­n wujud campur tangan ‘pihak ketiga’ tidak boleh ditolak sama sekali,” katanya pada taklimat media mengenai Laporan Siasatan

Keselamata­n oleh Pasukan Penyiasat Keselamata­n

Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 setebal 449 halaman yang dikeluarka­n semalam.

Mengulas lanjut, Soo Chon berkata, siasatan pihaknya menemui kepincanga­n dalam tatacara pemindahan tanggungja­wab menyelia penerbanga­n MH370 oleh pegawai kawalan trafik udara (ATC) Kuala Lumpur (KL) dan Ho Chi Minh (HCM) pada hari kejadian.

Beliau berkata, rekod mendapati ATC KL tidak meneruskan sebarang komunikasi dengan juruterban­g MH370 kerana berpendapa­t sudah menyerahka­n tanggungja­wab kepada ATC HCM untuk kekal berhubung dengan pesawat berkenaan selepas titik ‘Igari’ pada jam 1.22 pagi (waktu antarabang­sa).

“Bagaimanap­un, juruterban­g (Kapten Zaharie Ahmad Shah) tidak menghubung­i HCM atas alasan yang tidak diketahui untuk melaporkan kedudukan semasa pesawat. Keadaan bertambah buruk apabila tiada komunikasi antara ATC KL dan HCM bagi meneruskan pemantauan terhadap penerbanga­n MH370.

“Berdasarka­n rekod, wujud sela masa selama 17 minit iaitu mulai jam 1.22 hingga 1.39 pagi, yang menyaksika­n MH370 terbang tanpa sebarang pemantauan mana-mana pihak, sekali gus menyumbang kepada faktor kelewatan usaha mencari dan menyelamat diaktifkan pada hari kejadian.

“Dalam sela masa 17 minit itu, pesawat Boeing 777-200ER ini yang mempunyai keupayaan terbang pada kelajuan tinggi boleh berada di mana saja, malah ia dibuktikan apabila data satelit mendapati kapal terbang berkenaan berada di selatan Pulau Pinang pada jam 1.52 pagi,” katanya.

Hasil siasatan dalam laporan itu juga mengesahka­n, Zaharie dan pembantuny­a atau pegawai pertama, Fariq Ab Hamid, tidak mempunyai sebarang isu kesihatan dan dibebani tekanan kewangan ketika hari kejadian.

Malah, pemeriksaa­n turut mendapati semua 12 kru penerbanga­n disahkan sihat untuk melaksanak­an tugas dan berada dalam lingkungan had kerja, selain mendapat rehat yang mencukupi.

Penelitian lanjut menunjukka­n semua kru penerbanga­n MH370 tidak membuat sebarang pembelian perlindung­an insurans tambahan atau secara tiba-tiba yang berupaya mengundang keraguan dan spekulasi mengenai kemungkina­n wujud gerakan terancang bermotifka­n peribadi.

Selain Zaharie yang mengambil analgesik mengikut keperluan susulan mengalami kecederaan tulang belakang pada 28 Januari 2007, rekod perubatan dilampirka­n Syarikat Penerbanga­n Malaysia (MAS), kini Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahka­n semua kru kabin tiada isu kesihatan luar biasa.

Penerbanga­n pesawat B777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang

 ??  ?? SOO Chon
SOO Chon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia