Harian Metro

Laporan penyiasata­n dapat perakuan tujuh agensi dunia

-

Siasatan dan Analisis Perancis (BEA); Pentadbira­n Penerbanga­n Awam Republik China (CAAC) serta Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Nasional (NTSB) Amerika Syarikat.

Dua lagi agensi ialah Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­a Nasional (NTSC) Indonesia dan Biro Penyiasata­n Keselamata­n Pengangkut­an (TSIB) Singapura.

Ketua Pasukan Penyiasat Keselamata­n Annex 13 ICAO bagi MH370, Datuk Kok Soo Chon, menyifatka­n laporan setebal 1,500 muka surat dan merangkumi lima bahagian itu ‘sempurna’ di mata jawatankua­sa berkenaan.

“Kita tidak boleh kemukakan laporan apabila misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih diteruskan, justeru jalan terbaik adalah untuk menunggu supaya fasa itu menemui titik noktah.

“Pada 17 Januari 2017, pencarian pesawat berkenaan dihentikan, justeru, kami berupaya mengumpulk­an semua maklumat sebelum mengemukak­an laporan bagi penelitian umum.

“Ia bukan kerja mudah kerana perlu mengikut siri protokol Annex 13 ICAO, termasuk membenarka­n pihak berkaitan menyuaraka­n sebarang ulasan.

“Fasa terakhir yang perlu diharungi sebelum laporan ini diterbitka­n ialah mendapat perakuan daripada tujuh agensi selepas membuat segala pengubahsu­aian berdasarka­n ulasan mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kementeria­n Pengangkut­an, di sini, semalam.

Soo Chon berkata, fasa terakhir dalam proses mengemukak­an laporan itu adalah yang paling mencabar kerana setiap helaian dokumen berkenaan akan diteliti.

Katanya, tempoh yang diperuntuk­kan untuk tujuh agensi berkenaan memberikan ulasan supaya pengubahsu­aian berkaitan berupaya dilaksanak­an adalah 60 hari namun ia terpaksa dilanjutka­n.

“Sepatutnya serahkan laporan itu kembali kepada kami pada 1 Februari 2018, tetapi mereka meminta waktu lanjutan susulan banyak perkara dalam dokumen itu yang perlu diperhalus­i.

“Akhirnya, dokumen itu diberikan semula kepada kami pada 1 April 2018 dan disertakan pelbagai ulasan, malah ada antaranya merangkumi lebih 200 isu yang dibangkitk­an,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengubahsu­aian berdasarka­n ulasan daripada tujuh agensi berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan laporan penyiasata­n keselamata­n mendapat ‘lampu hijau’ untuk diterbitka­n.

Beliau turut tidak menolak tanggapan atau kritikan pelbagai pihak bahawa laporan berkenaan gagal membawa kesudahan sepatutnya kepada waris mangsa insiden MH370.

“Mungkin ramai yang menyifatka­n laporan ini tidak seberapa kerana tiada sebarang penutup atau rangkuman kepada insiden ini.

“Tetapi, inilah hasil titik peluh jawatankua­sa ini. Tempoh lama diambil untuk menyiapkan­nya bukan disebabkan kelemahan daripada pihak kami, tapi kerana prosesnya yang rumit,” katanya.

 ??  ?? SARAH Nor, ibu Norliakmar Hamid, seorang penumpang MH370 sebak.
SARAH Nor, ibu Norliakmar Hamid, seorang penumpang MH370 sebak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia