Harian Metro

Berbesar hati dipuji Dr Amalina

-

>>Catriona bersenam dan jaga makanan untuk menjaga badan

Pelakon drama popular Jangan Benci Cintaku, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross berbesar hati apabila Dr Nur Amalina Che Bakri memuji usaha dilakukann­ya apabila tidak bergantung kepada sebarang pil kurus dan makanan tambahan dalam usaha menurunkan berat badan.

Dr Amalina yang kini bertugas sebagai pelatih pakar bedah di The Royal College, England memuat naik kenyataan dengan memuji Catriona yang kerap bersenam dan menjaga pengambila­n makanan tanpa bergantung kepada sebarang ubat atau pil kurus yang disifatkan boleh membahayak­an kesihatan.

Menjelaska­n perkara itu, Catriona dengan rendah hati bersyukur dan berterima kasih dengan kenyataan diberikan Dr Amalina yang terbabit dalam dunia perubatan.

“Kenyataan yang diberikan Dr Amalina diharap sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi inspirasi.

“Saya harap ia dapat dijadikan pembakar semangat kepada wanita terutama yang sudah bergelar ibu untuk kembali sihat dan langsing dengan cara yang betul,” katanya.

Catriona yang mempunyai tiga cahaya mata mengakui terharu apabila Dr Amalina yang juga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 17A1 itu mengikuti perkembang­annya dalam usaha menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat.

“Seperti yang dikatakan Dr

Amalina, memang benar saya tidak pernah mengambil sebarang pil diet kerana bimbangkan kesannya sebaliknya memilih untuk menjaga pemakanan harian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia