Harian Metro

Demi terbit album

-

Jerantut: Bagi menyempurn­akan impian menerbitka­n album solo pertama, naib juara program realiti Rockanova, Azmi Khan Setapar sanggup menjadi peraih durian untuk mencari dana.

Azmi, 29, dari Kampung Damak berkata, dia memerlukan dana kira-kira RM15,000 untuk menyempurn­akan impiannya, sekali gus mengeluark­an album mini pertengaha­n tahun depan.

“Selepas dipilih sebagai naib johan dalam rancangan realiti

Rockanova terbitan Astro pada Mei tahun lalu, saya mula memasang impian menerbitka­n album sendiri.

“Bagaimanap­un hasrat berkenaan belum kesampaian kerana kosnya agak tinggi iaitu RM35,000 dan saya sedang berusaha mengumpulk­an dana bagi album berkenaan,” katanya, semalam.

Setakat ini, Azmi berkata, dia sudah menghasilk­an tiga lagu ciptaannya sendiri berjudul Dendang Perwira, Cinta Untukku dan Awek Tol untuk dimuatkan dalam album mininya.

“Permintaan durian sangat tinggi di Damak serta Ulu Cheka dan buahnya banyak. Ini peluang terbaik saya untuk jana pendapatan,” katanya.

Katanya, dia tidak bersendiri­an kerana perniagaan turut dibantu oleh tiga rakannya, Muhamad Zulkifli Shamsuddin, 30, Mohd Yusof Abdul Mutalib, 31, dan Mohd Zaidi Zakaria, 29.

“Selain menjana pendapatan, kami juga ingin membantu penduduk kampung memasarkan durian mereka dengan harga berpatutan.

“Kami membeli durian daripada orang kampung dan menjualnya secara runcit serta pukal kepada orang ramai serta pemborong terutama dari Lembah Klang,” katanya yang membuka gerai di tepi jalan berhampira­n Pekan Damak, dekat sini, sejak tiga minggu lalu.

Katanya, dia bersama rakannya menjual durian kampung dan klon kerana permintaan tinggi.

 ??  ?? AZMI menunjukka­n durian yang dijual.
AZMI menunjukka­n durian yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia