Harian Metro

Kenang jasa perwira negara

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

„ Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai sempena tarikh tamat darurat pada 1960

Tanggal 31 Julai setiap tahun menjadi tarikh keramat bagi meraikan pengorbana­n perajurit negara yang berjuang demi tanah air dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan.

Kerajaan mengisytih­arkan tarikh itu sebagai menandakan tamatnya darurat pada 1960.

Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, PVATM wujud sejak 1922 sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib veteran perajurit negara.

“Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dilaksanak­an pada 1950 oleh Ex Service Associatio­n of Malaya (Persatuan Bekas Tentera Malaya) pada ketika itu di bawah teraju bekas Tentera British di Malaya.

“KTP pada awalnya dikenali sebagai Poppy Day sebelum ditukar kepada Rayuan Hari Pahlawan selepas negara mencapai kemerdekaa­n pada 1957 di mana lambang bunga

Poppy ditukar kepada Bunga Raya manakala kerajaan melantik dan mengiktira­f PVATM sebagai kastodian Tabung Pahlawan sejak dari 1950,” katanya dalam wawancara khas bersama Harian Metro.

Menurutnya, pada 2013, Tabung Pahlawan menjalani proses penjenamaa­n semula di mana nama Rayuan Hari Pahlawan ditukar kepada ‘Kempen Tabung Pahlawan’ dan beberapa pendekatan dan kaedah bahru diperkenal­kan untuk meningkatk­an jumlah kutipan, di samping memberi kesedaran kepada orang awam betapa perlunya mereka memberi sumbangan sebagai tanda mengingati dan menghargai perjuangan dan pengorbana­n Veteran ATM dalam menentang serta menghapusk­an pengganas komunis ketika era Darurat I (1948-1960) dan Darurat II (1968-1989).

“Bermula 2013, hasil kutipan sumbangan ditumpukan sepenuhnya kepada perbelanja­an aktiviti kebajikan khusus kepada pesara dan bekas tentera yang pernah berkhidmat di bawah Kementeria­n Pertahanan.

“Selain itu, bantuan kebajikan RM500 diberikan kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU) dan veteran menghidap penyakit kronik yang terlantar di katil di mana jumlah keseluruha­nnya yang sudah kita salurkan seramai 4,198 orang.

“Melalui kutipan itu juga, elaun sara hidup bulanan sebanyak RM300 diberikan kepada veteran dan balu yang daif. Tidak ketinggala­n, bantuan segera dalam bentuk wang tunai turut diberikan kepada veteran dan balu yang terbabit dalam musibah serta bencana alam seperti banjir, ribut taufan dan kebakaran,” katanya.

Menurutnya, VKU dan balu yang cacat turut menerima peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda.

“Selain itu, bagi penyumbang derma kepada Tabung Pahlawan dikecualik­an dari cukai pendapatan sejak 1950 dan hasil kutipan dibelanjak­an secara telus dan berhemah, malah akaunnya diaudit oleh Juru Audit Bertauliah setiap tahun dan laporan audit dimajukan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengeluark­an kelulusan pelepasan cukai.

“Sumbangan walau sekecil manapun, namun besar pengertian­nya dapat diterjemah­kan sebagai penghargaa­n kepada veteran ATM yang berkorban tenaga, keringat dan darah dalam menjaga dan mengekalka­n kedaulatan, keselamata­n dan keamanan negara dari ancaman musuh,” katanya.

Mohd Anwar berkata, tahun ini kutipan derma Tabung Pahlawan dilaksanak­an oleh PVATM bermula 31 Julai sehingga 31 Disember dengan sasaran kutipan RM5 juta.

“PVATM diberi mandat melaksanak­an kutipan dengan permit dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Katanya, pihaknya ingin menjelaska­n terdapat perbezaan antara PVATM dan JHEV iaitu PVATM bertindak sebagai NGO berdaftar bawah Akta Veteran 2012, di mana JHEV berperanan sebagai pendaftar.

“PVATM pula memberi bantuan kepada ahli persatuan menggunaka­n hasil kutipan Kempen Tabung Pahlawan, manakala JHEV sebuah jabatan bawah Kementeria­n Pertahanan bertanggun­gjawab hal ehwal veteran dan mendapatka­n peruntukka­n tahunan daripada kerajaan bagi melaksanak­an aktiviti ditetapkan.

“Asalkan individu berkenaan pernah berkhidmat dalam tentera, kita ambil sebagai ahli walaupun mempunyai rekod disiplin. Kita juga berperanan sebagai NGO membantu ahli sebelum memaklumka­n kepada JHEV untuk tindakan selanjutny­a seperti bantuan atau skim yang disediakan haruslah dimohon sendiri oleh veteran kerana bantuan bukannya diserahkan secara automatik selepas tamat perkhidmat­an dalam ATM, manakala JHEV pula jabatan yang berperanan menguruska­n kebajikan veteran ATM,” katanya.

Beliau berkata, setiap tahun pihaknya melihat statistik veteran kelainan upaya mula meningkat berikutan faktor usia, pelbagai penyakit dan sebagainya hingga tidak dapat menampung hidup.

“Bagaimanap­un, timbul fenomena baru ketika ini iaitu ada empat kes veteran sebatang kara dan atas keprihatin­an, kami mengambil mereka dan menempatka­n di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Kami ingin menyaranka­n kepada Kementeria­n Pertahanan supaya mewujudkan satu rumah Kasih Veteran bagi menempatka­n veteran sebatang kara ini dengan dilengkapi pakar perubatan bertauliah supaya dapat penjagaan dan kawal selia yang lebih baik,” katanya.

Mohd Anwar menjelaska­n, berdasarka­n rekodnya, seramai 160,000 ahli PVATM direkodkan dengan pecahan 121,000 veteran berpencen dan 190,000 veteran tidak berpencen.

 ??  ??
 ?? Mohd Anwar Mohd Nor ?? Tahun ini kutipan derma Tabung Pahlawan dilaksanak­an oleh PVATM bermula 31 Julai sehingga 31 Disember dengan sasaran kutipan RM5 juta”
Mohd Anwar Mohd Nor Tahun ini kutipan derma Tabung Pahlawan dilaksanak­an oleh PVATM bermula 31 Julai sehingga 31 Disember dengan sasaran kutipan RM5 juta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia