Harian Metro

Rancang kebumi jenazah di Batu Muda

-

Kuala Lumpur: Jenazah pendaki wanita rakyat Malaysia yang maut akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, Siti Nur Iesmawida Ismail,

30, dibawa pulang untuk urusan pengebumia­n hari ini.

Bapa mangsa, Ismail Abdul Raffar, 62, berkata, dia dimaklumka­n menantunya, Mohd Hafiz Mohd Kassim,

30, melalui mesej aplikasi WhatsApp sebaik tiba di Lombok, tengah hari semalam.

Menurutnya, Mohd Hafiz memaklumka­n jenazah Siti Nur Iesmawida menaiki penerbanga­n dari Lombok ke Jakarta jam 9 pagi hari ini (waktu tempatan).

“Jenazah kemudian menaiki penerbanga­n dari Jakarta, Indonesia ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik selesai urusan dokumentas­i yang dijangka mengambil masa dua hingga tiga jam.

“Jenazah dijangka tiba seawal jam 3 petang esok (hari ini) sebelum dibawa ke Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, di sini, untuk disembahya­ngkan,” katanya.

Ismail berkata, mereka masih menunggu surat pengesahan kematian anaknya, Siti Nur Iesmawida bagi urusan pengebumia­n.

“Setakat ini, belum dapat lagi dipastikan lokasi pengebumia­n, namun kami merancang mengebumik­an jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, di sini, sebaik jenazah selesai disembahya­ngkan nanti,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan pendaki rakyat Malaysia maut, manakala enam lain cedera akibat kejadian gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok.

Siti Nur Iesmawida adalah peserta kumpulan pendaki terdiri daripada 18 rakyat Malaysia yang mendaki Gunung Rinjani.

Mangsa parah selepas rumah yang diduduki runtuh dan menghempap­nya. Difahamkan, kumpulan itu tiba di Lombok pada Selasa lalu dan dijadual pulang ke tanah air, kelmarin.

Gempa dengan kekuatan 6.4 skala Richter itu turut menyebabka­n kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus.

Menurut kenyataan Badan Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa itu terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 (kilometer) km Barat

Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10km.

 ??  ?? KELUARGA Allahyarha­m Siti Nur Iesmawida mengadakan majlis tahlil di kediaman mereka di Flat Desa Pandan.
KELUARGA Allahyarha­m Siti Nur Iesmawida mengadakan majlis tahlil di kediaman mereka di Flat Desa Pandan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia