Harian Metro

Timbang bola jelajah Kedah

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin news@nstp.com.my

„ Rancang ke seluruh Jelapang padi pamer kemahiran, kutip derma untuk Tabung Harapan

Juara Kejohanan Persembaha­n Seni Dunia 2016 Nik Khairul Anuar Iskandar, merancang menjelajah ke seluruh Kedah bagi mempamerka­n kemahirann­ya menimbang bola gaya bebas di samping mengutip derma bagi Tabung Harapan Negara.

Nik Khairul, 22, atau lebih dikenali sebagai Nik Freestyler berkata, dia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membantu negara tetapi amat berharap dapat menyumbang melalui bakat yang ada.

Katanya, ketika ini dia giat mengadakan persembaha­n di setiap perlawanan utama membabitka­n pasukan Kedah di Stadium Darul Aman.

“Saya sasarkan membuat persembaha­n di setiap daerah di Kedah dan menumpukan kepada program yang dapat menarik perhatian ramai.

“Sambil penonton menyaksika­n persembaha­n, pembantu akan menggerakk­an tabung berkenaan untuk orang ramai menyumbang,” katanya ketika ditemui.

Pada 2016, Nik Khairul berjaya muncul sebagai pemenang Kejohanan Persembaha­n Seni Dunia dalam pertanding­an yang berlangsun­g di Hollywood.

Dia berkata, pada masa sama pihaknya mengalu-alukan mana-mana syarikat atau organisasi untuk tampil sebagai penaja.

“Logo penaja akan dilekatkan di baju ketika saya melakukan aksi menimbang bola dan jika tiada penaja, program ini tetap akan diteruskan seperti dirancang.

“Di akhir jelajah nanti, jumlah kutipan akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan kita dalam perancanga­n menjemput Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menerima sumbangan itu kelak,” katanya.

 ??  ?? NIK Khairul Anuar pamer aksi menimbang bola gaya bebas yang sentiasa menjadi tumpuan penonton.
NIK Khairul Anuar pamer aksi menimbang bola gaya bebas yang sentiasa menjadi tumpuan penonton.
 ??  ?? NIK Khairul Anuar menunjukka­n surat sokongan daripada Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman.
NIK Khairul Anuar menunjukka­n surat sokongan daripada Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia