Harian Metro

Durian ganja dapat sambutan

-

Jerantut: Durian ganja yang memiliki tangkal panjang atau D158 antara lebih 20 jenis raja buah klon yang dijual pemborong, Ahmad Mustafar di Kampung Damak.

Ahmad, 37, berkata, sambutan terhadap durian itu begitu menggalakk­an walaupun dijual dengan harga lebih tinggi berbanding jenis lain iaitu RM12 hingga RM15 sekilogram.

Menurutnya, setiap hari dia mampu menjual dua hingga tiga tan pelbagai jenis durian klon dan kampung yang dibekalkan oleh lebih 50 pekebun setempat.

“Selain durian ganja turut mendapat permintaan ialah jenis tok merah, IOI, musang king, D24, udang merah dan tok lintuk,” katanya yang tidak menolak kemungkina­n selepas ini lebih banyak durian klon baru akan muncul.

Ahmad yang berpengala­man lebih 20 tahun sebagai peniaga durian berkata, ciri utama durian ganja tangkal panjang ialah buah bersaiz besar mencapai berat lima kilogram sebiji, isi lemak, rasa tidak pahit dan bergas.

Katanya, pokok yang dikatakan berasal dari Johor dan turut terkenal di Thailand kini semakin diminati kerana rasanya yang sedap dan harga murah.

Dia berkata, terdapat kira-kira 300 pokok durian ganja tangkal panjang yang sedang berbuah ditanam di Kampung Damak.

Katanya, durian tok merah yang isinya berwarna merah juga mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat raja buah itu.

“Setiap minggu peniaga dari Kuala Lumpur dan beberapa daerah datang ke sini bagi mendapatka­n bekalan durian klon dan kampung kerana kualiti buah dan harga berpatutan,” katanya.

Ahmad berkata, penduduk yang memiliki tanah terbiar boleh mengusahak­an tanaman durian kerana ia mampu memberi pendapatan menguntung­kan.

 ??  ?? PENGGEMAR durian, Razak Buang menunjukka­n durian ganja tangkal panjang.
PENGGEMAR durian, Razak Buang menunjukka­n durian ganja tangkal panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia