Harian Metro

‘Bagai meracik tubuh Melayu’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memastikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dikekalkan dan tidak dipecah mengikut kementeria­n berbeza.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO Bera) berkata, tindakan merombak atau memecahkan MARA hanya akan menjejaska­n peranannya membantu orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan serta ekonomi.

Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta bertanggun­gjawab terhadap MARA berkata, tindakan memecahkan agensi itu tidak ubah seperti ‘meracik’ tubuh orang Melayu.

“Saya tidak tahu sejauh mana kebenarann­ya tetapi daripada laporan media sosial, kerajaan akan pecahkan MARA di bawah tiga kementeria­n iaitu Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“MARA tidak boleh dipecahkan kerana ia bukan saja merencat rancangan pembanguna­n pendidikan dan keusahawan­an Melayu serta Bumiputera, tetapi Seksyen 3(1) Akta MARA menetapkan penubuhann­ya berkekalan di bawah satu menteri, tidak boleh ada pelbagai kementeria­n menjaga MARA.

“Mengikut Seksyen 6(1), MARA bertanggun­gjawab membangunk­an usahawan dan pendidikan orang Melayu. Menerusi MARA, kita melahirkan satu juta usahawan dan 1.2 juta pelajar Melayu dan Bumiputera.

“Mengikut Seksyen 36, MARA hendaklah disifatkan sebagai orang Melayu, maka memecahkan MARA bermakna meracik-racik tubuh orang Melayu.

“Saya harap MARA dikekalkan di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar,” katanya ketika membahaska­n titah ucapan diraja di Dewan Rakyat, semalam.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia