Harian Metro

Elak timbul isu sensitif

-

Kuala Lumpur: Semua pihak perlu berhenti mengeluark­an kenyataan kontrovers­i yang menyentuh sensitivit­i agama Islam kerana dibimbangi menimbulka­n ketegangan hubungan antara kaum di negara ini.

Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) berkata, tindakan berterusan pihak tertentu mengeluark­an kenyataan menghina agama Islam termasuk menerusi media sosial, dilihat sebagai cubaan menimbulka­n keresahan umat Islam.

“Saya harap cubaan atau

untuk menimbulka­n keresahan umat Islam seperti menerusi Facebook menggunaka­n akaun nama ‘Balan Billai’ dihentikan.

“Kenyataan seperti ini boleh menimbulka­n ketegangan dan kita akan buat laporan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya ketika membahaska­n usul titah diraja di Dewan Rakyat, semalam.

Baru-baru ini, polis membuka kertas siasatan bagi mengesan seorang lelaki menggunaka­n nama ‘Balan Billai’ yang dipercayai memuat naik status dalam Facebook yang menyentuh sensitivit­i agama Islam.

Ismail berkata, kenyataan yang menyentuh soal sejarah kewujudan kaum di negara ini juga perlu dihentikan.

“Kenyataan mengenai sejarah kaum di negara ini seperti Melayu pendatang, Cina penduduk asal, kaum India penduduk asal perlu diredakan.

“Kalau kita terus menyentuh siapa penduduk asal, siapa pendatang, ia jelas tidak sesuai dengan semangat Rukun Negara,” katanya.

Beliau turut menerima permohonan maaf Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n berhubung kenyataann­ya mendakwa orang Melayu sebagai bangsa pendatang di negara ini.

“Saya terbuka menerima kenyataan memohon maaf Yang Berhormat Ipoh Barat yang juga Menteri Sumber Manusia (Kulasegara­n) yang mengatakan orang Melayu sebagai pendatang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia