Harian Metro

Kempen makin hangat

- Syed Umar Ariff cnews@nstp.com.my

Pertembung­an menawan Sungai Kandis tidaklah sehebat perbahasan antara penggubal dasar di Parlimen.

Namun, berbaki empat hari berkempen sebelum hari mengundi Sabtu ini, keadaan sedikit membara dan panas apabila isu ditimbulka­n bertukar kontrovers­i, kehadiran penentu utama berkopiah dan beberapa kejanggala­n mewarnai usaha calon meraih undi.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan seteru utamanya, Datuk Lokman Noor Adam dari Barisan Nasional (BN) kini cuba menunjukka­n isu apa yang menjadi keutamaan penduduk tempatan.

Kempen Mohd Zawawi tetap mengenai memperbaik­i keadaan kemudahan awam yang menyedihka­n, sistem perparitan dan menangani masalah sosial.

Pengetua maahad tahfiz itu anak tempatan, justeru tidak hairan mengapa keadaan setempat menjadi fokus utamanya.

Bagi Lokman pula, beliau percaya isu mengenai Islam dan Melayu mampu menarik tumpuan dimahukann­ya daripada pengundi konservati­f termasuk sudah tentu, PAS, yang kelihatann­ya sudah berjaya ditawan buat masa ini.

Semalam, beliau kelihatan berusaha mendekati masyarakat India di Kampung Jawa dengan dibantu Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh.

Bersama-sama mereka pergi rumah ke rumah, dan bertemu satu keluarga yang terpinga-pinga dengan lawatan itu.

Bagaimanap­un, Sivarraajh, berjaya mengurangk­an rasa tidak selesa atau kejanggala­n dengan memberi penerangan, dalam bahasa Tamil, bahawa kehadiran mereka untuk memperkena­lkan Lokman sebagai bakal wakil rakyat mereka.

Lokman kemudian menyatakan kemungkina­n BN mampu menawan 50 peratus undi daripada masyarakat India, berdasarka­n kepada lawatan itu, selain mendakwa mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Harapan membabitka­n beberapa isu.

Keyakinan Lokman terhadap pemerhatia­nnya itu, sememangny­a mengagumka­n.

Di pihak satu lagi, Mohd Zawawi bergelut dengan hakikat kepemimpin­an PAS menghulurk­an sokongan mereka kepada BN.

Beliau terus yakin bahawa penyokong PAS masih mahu memberikan undi mereka kepadanya, walaupun beliau juga tidaklah kelihatan begitu selesa dengan isu itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkunjung semalam seperti memberi jaminan bahawa sokongan PAS kepada BN tidak akan memberi kesan kepada kelancaran kempen PKR mempertaha­nkan kerusi Sungai Kandis.

Namun, sehingga kini, calon Bebas, K Murthy masih lagi tidak kelihatan sejak hari penamaan calon lebih seminggu lalu.

„ Calon PKR, BN bangkit isu bertukar kontrovers­i berbaki 4 hari sebelum mengundi

 ??  ?? LOKMAN beramah mesra dengan ibu bapa yang menunggu anak di depan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas. MOHD Zawawi bersama penduduk tempatan di Kampung Bukit Jati, Klang, semalam.
LOKMAN beramah mesra dengan ibu bapa yang menunggu anak di depan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas. MOHD Zawawi bersama penduduk tempatan di Kampung Bukit Jati, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia