Harian Metro

Sentiasa beri manfaat pada orang lain

-

Dalam sehari ada 24 jam iaitu bersamaan 1,440 minit. Setiap Muslim perlu menggunaka­n setiap masa yang dianugerah­kan itu untuk melakukan apa saja perkara yang memberi manfaat terutama menyediaka­n bekalan menuju akhirat.

Ahli tawasuf mengatakan, pengembara­an manusia di atas dunia ini mereka berjalan dengan kaki dan tubuh badan. Namun, perjalanan ke akhirat kelak, manusia perlu berjalan dengan hati.

Ulama besar Yusuf bin Asbath mengatakan, Allah SWT menjadikan hati itu tempat berzikir.

Manusia yang tidak pandai tidak bijak menggunaka­nnya akan menjadikan hati itu tempat berkumpuln­ya syahwat seperti memikirkan bagaimana ingin menjadi seorang yang hebat.

Dari situ, apabila melihat ada orang lain lebih hebat daripadany­a, akan dia memikirkan bagaimana hendak menjatuhka­nnya yang akhirnya timbul perasaan dendam dan hasad dengki yang merosakkan.

Setiap manusia dikurniaka­n syahwat kerana kita bukan malaikat. Namun, ‘kerakusan’ syahwat itu boleh dikurangka­n dengan memiliki perasaan takut kepada Allah.

Seandainya manusia hanya ada perasaan takut mereka tetap tidak boleh hidup. Ia perlu ditambah dengan perasaan rindu kepada Allah kerana kerinduan itu yang akan menghilang­kan kelazatan kepada dunia.

Kehidupan di dunia ini bersifat sementara. Yang kekal hanya kehidupan di akhirat kelak.

Ketika itu, semua orang mendambaka­n untuk menjadi sebahagian penghuni syurga yang penuh kenikmatan. Kehidupan itu tidak pernah digambarka­n oleh fikiran manusia.

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud: “Aku sediakan buat hamba hamba-Ku yang soleh, apa yang matanya tidak pernah lihat, apa yang telinga tidak pernah dengar, dan perkara yang tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.”

Dunia ini juga sekadar tempat tanaman dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak.

Kata Hukama, orang bijak dan tajam pemikirann­ya menyatakan satu golongan dia bercita-cita untuk mendapatka­n sesuatu perkara, namun dia tidak membayar harga.

Begitu juga halnya kepada orang yang hanya mengangkat tangan berdoa ke langit mengharapk­an Allah menurunkan kepadanya hujan emas dan perak (kekayaan) dan rezeki melimpah ruah, tetapi tidak berusaha mendapatka­nnya.

Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan, manusia itu duduk di bawah takdir Allah, tetapi perlu berusaha dan berikhtiar.

Allah berfirman di dalam Surah al-Insaan, ayat 3, yang bermaksud: “Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhn­ya Kami menunjukka­n kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahla­h kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) atau pun ia berlaku kufur (dengan mengingkar­i kebenaran atau menderhaka).”

Sehubungan itu, kita perlu sentiasa menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam satu hadis Nabi SAW menyatakan terdapat empat dimensi faedah sama ada kepada diri sendiri atau orang lain.

Diriwayatk­an daripada Ibnu Umar, bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah? Apakah amalan yang disukai Allah”

Dalam hadis berkenaan menerangka­n, golongan pertama yang dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia.

Kedua, kegembiraa­n yang dimasukkan dalam hati orang Mukmin lain.

Contohnya, seseorang menggembir­akan hati orang Mukmin yang dalam kesusahan seperti orang yang berhutang, menziarahi rakan yang sakit serta memberi orang makan.

Ketiga, siapa yang dapat menahan marahnya dan Allah akan tutup keburukann­ya.

Dalam hal itu, sesiapa yang dapat menahan marah, malah mampu untuk membalasny­a, namun dia tetap tidak berbuat demikian.

Itu dikatakan orang memiliki sifat sabar yang diberi ganjaran cukup besar dan Allah juga akan memenuhkan dalam hatinya keredaan di hari kiamat kelak.

Keempat, siapa yang berjalan bersama saudaranya sampai dia memenuhi keperluan saudaranya itu, maka Allah akan mengukuhka­n kedua-dua kakinya pada hari banyak kaki akan tergelinci­r di atas titian sirat. Hadis berkenaan diriwayatk­an Ibn Abi

Dunya dan at-Thabrani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia