Harian Metro

‘Biar pihak berkuasa siasat’

-

Putrajaya: Isu penceramah antarabang­sa, Dr Zakir Naik tidak lagi dibangkitk­an manakala isu berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) diserahkan kepada pihak berkuasa.

Itu antara persetujua­n dicapai menerusi pertemuan tertutup antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di Kompleks Islam Putrajaya di sini, semalam.

Mujahid berkata, pertemuan kira-kira 40 minit itu berlangsun­g dengan mesra, malah ia satu platform bagi menguruska­n konflik dalam masyarakat yang membabitka­n pelbagai agama dan kaum.

“Justeru, mereka berdua bersetuju isu dikaitkan dengan LTTE ini diserahkan kepada pihak berkuasa manakala isu Zakir (Naik) diserahkan kepada kerajaan seperti diputuskan oleh Kabinet. “Ini bermakna perkara ini diserahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan dan mereka tidak ada apa-apa isu dalam hal ini,” katanya pada sidang media di lobi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini.

Sebelum ini, Mohd Asri dilaporkan meminta DAP menyatakan pendirian parti itu terhadap Ramasamy yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan pengganas LTTE.

Ramasamy menafikan pembabitan­nya dengan LTTE, sebaliknya cuma dilantik sebagai perunding proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan LTTE pada 2003 atas kapasiti Pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Konflik Antarabang­sa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dalam pada itu, Mujahid berkata, beliau meminta semua pihak tanpa mengira agama dan kaum supaya bersabar dan tidak melakukan provokasi terhadap isu sensitif di negara ini.

 ??  ?? DR Mujahid (tengah) bersama Dr Mohd Asri dan Ramasamy ketika sidang media selepas mengadakan perjumpaan di Putrajaya, semalam.
DR Mujahid (tengah) bersama Dr Mohd Asri dan Ramasamy ketika sidang media selepas mengadakan perjumpaan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia