Harian Metro

Pemuda UMNO desak letak jawatan

-

Kuala Lumpur: Pergerakan Pemuda UMNO, semalam mendesak Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n meletak jawatan atas dakwaan mengatakan orang Melayu sebagai pendatang di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya kesal kenyataan berunsur hasutan itu apatah lagi diucapkan oleh seorang menteri kerana ia boleh menimbulka­n ketegangan kaum dan ketidaksta­bilan dalam masyarakat.

“Kita tidak mahu negara ini akan dihancurka­n kestabilan dan keharmonia­nnya oleh beberapa individu yang rakus berkuasa yang menghambur­kan kenyataan berbaur hasutan ini.

“Kami kecewa...seorang menteri perlu lebih bertanggun­gjawab kerana ia boleh mencetuska­n ketegangan kaum dengan perkataan yang sensitif kepada masyarakat berbilang kaum,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Terdahulu, beliau hadir bersama lebih 50 ahli pergerakan itu yang menyatakan bantahan terhadap Kulasegara­n jam 12.10 tengah hari. Mengulas lanjut, menurut beliau, Naib Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu sepatutnya mengambil tanggungja­wab moral dengan meletak jawatan kerana tidak memadai dengan memohon maaf berhubung isu berkenaan.

“Jika beliau tidak mahu letak jawatan, kita gesa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohammad) memecat beliau kerana isu sebegini boleh menghancur­kan ketenteram­an dan keharmonia­n Malaysia.

“Pergerakan Pemuda UMNO di 13 negeri juga membuat laporan sama dan kita jangka selepas ini lebih ramai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengambil tindakan sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia