Harian Metro

Perkukuh fungsi asal

- Ahmad Suhael Adnan dan Esther Landau cnews@nstp.com.my

Penubuhan Jawatankua­sa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n membolehka­n Raja-Raja Melayu menjalanka­n fungsinya mengurus tadbir hal ehwal Islam secara langsung seperti termaktub dalam Perlembaga­an.

Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyambut baik penubuhan jawatankua­sa itu mengakui ia langkah pertama mengasingk­an campur tangan politik daripada pentadbira­n Islam di negara ini.

Beliau berkata, jawatankua­sa berkenaan perlu membuat syor berkaitan urus tadbir ekonomi Islam supaya ia lebih telus, khususnya dengan menerapkan nilai Islam sebenar.

“Sekarang pentadbira­n ekonomi Islam seperti terlalu banyak jaringanny­a sehingga Raja-Raja Melayu seolah-olah tiada peranan dalam menentukan hala tujunya. “Sepatutnya tidak begitu kerana raja harus terbabit serta mengaitkan kehidupan dengan ekonomi Islam, antaranya kita sangat perlu mewujudkan sistem budi yang diajar dalam al-Quran,” katanya, semalam.

Beliau mengulas jawatankua­sa berkenaan yang ditubuhkan atas perkenan Raja-Raja Melayu manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.

Fungsinya mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutua­n, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesan­an agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundanga­n dan penghakima­n Syariah di peringkat Persekutua­n.

Dr Rais berkata, jawatankua­sa itu juga perlu memperluas fungsinya kepada bidang kuasa dan tugas kedirajaan lain khususnya mengenai tafsiran Melayu dalam Perkara 160.

“Tiga komponen dalam tafsiran Melayu tidak pernah dikaji secara mendalam, khususnya membabitka­n adat serta budaya yang jika ia dilupai dan diabaikan, kita sebenarnya kekurangan syarat sebagai Melayu seperti diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an.

“Saya syorkan tanggungja­wab di bawah jawatankua­sa tertinggi ini turut meliputi perkara berkaitan Islam, bahasa dan adat atau budaya yang sangat penting untuk kita asuh semula,” katanya.

Dr Rais yang juga bekas menteri Kabinet, turut berharap jawatankua­sa itu menyelaras­kan beberapa urusan agama antara negeri dan Persekutua­n, seperti wakaf dan fatwa.

“Lebih penting, jawatankua­sa ini tidak boleh segan menegur agensi seperti JAKIM yang selama ini banyak membuat keputusan berbaur politik, dengan asas ambil terbaik dan buang yang tidak menguntung­kan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia