Harian Metro

Bukan sebab tidak percaya kerajaan PH

-

Putrajaya: Penubuhan Jawatankua­sa Tertinggi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutua­n oleh Raja-Raja Melayu bukan bermaksud kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dipercayai Raja-Raja Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, secara dasarnya penubuhan jawatankua­sa berkenaan dipersetuj­ui bersama antara kerajaan dan Raja-Raja Melayu.

“Ramai orang salah anggap dengan mengatakan penubuhan jawatankua­sa tertinggi ini kononnya kerajaan PH tidak dipercayai Raja-Raja Melayu.

“Sebenarnya tidak, kerana kami mendapat persefaham­an dengan pihak Raja-Raja Melayu, malah Kabinet meluluskan. Jadi ini bermakna ia bukan perkara terasing, tetapi terbentuk hasil kerjasama dan kehendak kedua-dua pihak,” katanya selepas pertemuan tertutup bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, penubuhan jawatankua­sa itu bukan kekal selamat-lamanya, sebaliknya hanya secara selain berkemungk­inan berlangsun­g lima bulan saja seperti dicadangka­n dalam Kabinet.

“Mungkin ada nanti penerangan terperinci oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Selain itu, selepas lima bulan, jawatankua­sa ini mengeluark­an laporan untuk syor atau cadangan bagi menambah baik institusi Islam peringkat Persekutua­n,” katanya.

Katanya, syor atau cadangan itu dibawa ke peringkat Kabinet untuk diterima sebagai laporan bagi membantu kerajaan melaksanak­an perubahan dalam pentadbira­n Islam di peringkat Persekutua­n.

Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutua­n di negara ini.

Jawatankua­sa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujua­n Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setia.

Ia dipengerus­ikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalanny­a, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia