Harian Metro

Timba ilmu di lokasi

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Shah idam berguru dengan Wan Hanafi Su

Selepas drama Monalisa, pelakon baru Shah Radhi Hazvee mengharapk­an lebih banyak peluang diberikan agar dapat membuktika­n kemampuann­ya membawakan pelbagai watak.

Memburu karakter yang lebih berat dan mencabar untuk dizahirkan, Shah bagaimanap­un enggan terlalu memilih. Ini kerana dia percaya setiap tawaran yang datang itu rezeki.

“Sama ada watak itu kecil atau besar, watak utama atau hanya sampingan, bagi saya ia rezeki. Saya memang teringin bawa lebih banyak watak berat, tetapi tidak bermakna saya tolak peluang lain.

“Setiap pelakon mengharapk­an kejayaan, begitu juga saya.

Namun, sejauh mana melangkah, setinggi mana pencapaian pun, saya tidak akan sesekali memilih karya mahupun watak,” kata jejaka berusia 22 tahun itu.

Tidak mempunyai apa-apa asas berlakon, Shah sedikit pun tidak melihat ia sebagai satu kekurangan sebaliknya yakin mampu pergi jauh dalam bidang ini.

Malahan, dia menjadikan lokasi penggambar­an sebagai tempat untuk menimba ilmu. Dia memerhati pergerakan setiap pelakon dan cara mereka merealisas­ikan watak yang dibawa.

Katanya, dia akan menyertai kelas lakonan bagi memantapka­n dan mengasah lagi bakat yang ada. Malahan, Shah berharap dapat berguru dengan idolanya, pelakon hebat Wan Hanafi Su.

“Saya tidak ada ilmu dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya belum mampu masuk kelas lakonan kerana kewangan belum kukuh. Oleh itu, saya cuba belajar sebanyak mungkin di lokasi penggambar­an.

“Dahulu, ada yang kritik lakonan saya sama seperti Zul Huzaimy. Jadi saya belajar untuk tonjolkan diri dengan cara tersendiri. Walaupun saya jadikan seseorang pelakon itu sebagai rujukan namun saya cuba untuk tunjuk cara saya pula,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia