Harian Metro

Menjengah zaman silam

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Segak berpakaian tradisiona­l Melayu silam, seri tanjak di kepala juga tidak dilupakan. Alunan muzik irama asli yang dimainkan menjadi latar membangkit­kan semangat dan jiwa pendekar.

Itu antara aura seni silat Persatuan Cahaya D’elima, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang dipersemba­hkan kepada penonton.

Persembaha­n itu bukan saja membangkit­kan semangat dan jiwa anak muda yang tampan mempamerka­n kebolehan bersilat malah berjaya membawa pengunjung untuk terus berada di Muzium Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang demi seorang pengunjung dari dalam dan luar negara masuk ke dalam istana dihasilkan sama seperti Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456 hingga 1477.

Beroperasi sejak 2008, muzium berkenaan mempunyai seni bina yang agak unik kerana 80 peratus menggunaka­n kayu antaranya cengal, resak dan berlian. Melihat dari luar saja, istana replika itu sememangny­a sudah mampu memukau pandangan pengunjung.

Sebaik memasuki perut istana itu, di bahagian kiri kelihatan barisan ‘Pembesar Melaka’ bersiap kemas menghadap ‘Sultan Melaka’ sedang bersemayam di balairong. Setiap pembesar itu mempunyai jawatan masing-masing yang boleh dibaca maklumatny­a pada papan fakta disediakan.

Kurator PERZIM Ruhaiza Zawawi berkata, muzium itu menawarkan konsep diorama bagi memberikan gambaran yang jelas kepada pengunjung berkenaan perjalanan sejarah Kesultanan Melayu Melaka terutama dari 1400 sehingga kejatuhann­ya pada 1511.

Beliau berkata, setakat ini pihak muzium tidak mengambil pendekatan untuk menampilka­n konsep teknologi seperti hologram memandangk­an ia membabitka­n perbelanja­an yang agak tinggi.

“Bagaimanap­un, konsep tradisiona­l yang dipamerkan di muzium ini masih dapat memikat kehadiran pelancong terutama dari luar negara.

“Malah ia jelas dapat dilihat apabila merekodkan 300,000 pengunjung setahun iaitu pelawat campuran tempatan dan asing.

“Selain memaparkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, pengunjung juga berpeluang mendekati perjalanan sejarah pahlawan tersohor, Hang Tuah. Kami menggunaka­n seni lukisan bagi memberi gambaran perjalanan kisahnya kepada pengunjung,” katanya.

Tidak sekadar kisah Hang Tuah, di sini pengunjung juga dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan sistem perundanga­n yang dilaksanak­an pada zaman itu dan semestinya memberi manfaat terutama kepada pelajar sekolah.

Bagi memberi pemahaman yang lebih jelas, pihak muzium juga boleh mengadakan aktiviti seperti kuiz sekiranya terdapat permintaan daripada kumpulan yang berhasrat untuk berkunjung.

Ruhaiza berkata, aktiviti kuiz yang dianjurkan

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

dihasilkan seperti Istana Sultan Mansur Shah pada abad ke-15 Selain memaparkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, pengunjung juga berpeluang mendekati perjalanan sejarah pahlawan tersohor, Hang Tuah

pihak muzium menjadikan pengunjung lebih aktif ketika berada di situ.

“Soalan yang disediakan mempunyai jawapan di papan fakta yang terdapat di dalam muzium yang mana ia memberi kelainan dari segi aktiviti kepada pengunjung sekiranya melawat muzium.

“Menerusi aktiviti ini juga mereka boleh menjadi lebih faham penceritaa­n sejarah yang terdapat di sini dan di akhir cabaran mencari jawapan, mereka juga akan diberi hadiah unik seperti beras,” katanya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan dalam hari tertentu untuk merasai pengalaman bermain permainan tradisiona­l seperti congkak, baling tin dan capteh.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N silat menyambut ketibaan pengunjung.
PERSEMBAHA­N silat menyambut ketibaan pengunjung.
 ??  ?? AKSI pertarunga­n menerusi persembaha­n patung dapat dilihat penonton.
AKSI pertarunga­n menerusi persembaha­n patung dapat dilihat penonton.
 ??  ?? BALAIRONG menempatka­n pembesar dan Sultan Melaka.
BALAIRONG menempatka­n pembesar dan Sultan Melaka.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN pakaian dari delegasi China yang melawat Melaka.
KEPELBAGAI­AN pakaian dari delegasi China yang melawat Melaka.
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia