Harian Metro

Dewan teater bertaraf antarabang­sa

-

Menyaksika­n persembaha­n teater antara produk pelanconga­n yang tidak pernah dipinggirk­an kerana ia mampu menonjolka­n kesenian tempatan kepada masyarakat asing. Apatah lagi, kisah yang ditonjolka­n berkisar mengenai sejarah negara. Menyedari hal itu, Malaysia melangkah setapak lagi dalam industri persembaha­n apabila syarikat hartanah tempatan, Yong Tai Bhd (Yong Tai) memperkena­lkan dewan teater bertaraf antarabang­sa, Encore Melaka yang mula beroperasi sejak 1 Julai lalu.

Menariknya, dewan itu yang mempunyai teknologi pertama di

Asia Tenggara dengan kemampuan memusingka­n 360 darjah platform tempat duduk penonton untuk menyaksika­n persembaha­n Encore Melaka di pentas utama di sekeliling mereka. Encore Melaka adalah sebuah hasil kajian sejarah, budaya dan ketamaduna­n masyarakat Melaka selama dua tahun yang dihasilkan pengarah dari China, Wang Chaoge.

Menerusi pementasan yang menggunaka­n sepenuhnya bakat lakonan amatur tempatan, penonton dibawa menyusuri sejarah Melaka bermula empayar kesultanan Melayu Melaka sehingga zaman kini.

Pertunjuka­n itu yang berlangsun­g selama 70 minit menggabung­kan teknik pementasan imej multimedia, lagu, tarian, kompilasi cerita budaya yang mencermink­an masyarakat majmuk di negara berkenaan.

Pementasan itu dipersemba­hkan juga dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Portugis. Bagaimanap­un, penonton perlu bijak mentafsir jalan penceritaa­annya bagi memahami keseluruha­n cerita yang ingin diterjemah­kan.

Pertunukan itu yang diadakan pada setiap hari dengan tempoh maa tertentu dengan harga atiket dijual untuk rakyat Malaysia bermula serendah RM148 sehingga RM568 seorang. Manakala bagi pengguna kerusi roda, harga serendah RM98 ditawarkan.

 ??  ?? BABAK air yang menarik untuk disaksikan.
BABAK air yang menarik untuk disaksikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia