Harian Metro

KEPUASAN DUA SAHABAT

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan meyakinkan dua sahabat karib, Syazman Ariff Nasution, 30, dan Muhamad Nurfirdaus Razlan, 28, untuk serius menjalanka­n perniagaan bakeri sejak empat tahun lalu.

Lebih menarik, mereka tidak mengusahak­an perniagaan itu di kafe atau kedai sebaliknya menjadikan kediaman sebagai ruang untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Syazwan atau lebih mesra dengan panggilan Shawn berkata, sebelum menjalanka­n perniagaan sepenuh masa, dia pernah bekerja sebagai pramugara dan pembuat kek di sebuah kafe.

Namun, dia nekad berhenti bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan walaupun keluarga agak sangsi dengan keputusann­ya itu.

“Segalanya bermula selepas kami berdua mengambil tempahan membuat biskut cip coklap ketika Ramadan empat tahun lalu.

“Kalau diikutkan, jualan itu hanya sekadar untuk suka-suka tetapi ramai yang sukakannya. Sejak itu, bilangan tempahan bertambah bukan setakat biskut tetapi berkembang dengan adanya permintaan menyediaka­n kek hari jadi, perkahwina­n dan pelbagai majlis lain.

“Kebetulan, saya adalah siswazah dalam bidang kulinari dan pernah bekerja di kafe jadi pengalaman itu banyak membantu kerana sudah mahir termasuk berkaitan teknik menghias kek,” katanya.

Pemuda berasal dari Shah Alam, Selangor itu berkata, kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaann­ya.

Jadi dia akan memastikan semua tempahan siap pada waktunya.

Katanya, bagi memastikan rasa kek itu menepati kehendak pelanggan, dia mengambil tanggungja­wab menyediaka­n tempahan daripada proses awal sehingga akhir.

“Sehingga kini, belum ada rungutan yang kami terima daripada pelanggan sebaliknya ramai memberi maklum balas positif.

“Lebih menggembir­akan saya apabila mereka turut mempromosi­kan perniagaan kami secara sukarela di laman sosial .

“Daripada situ, pelanggan kami bertambah dan menariknya, selebriti, golongan profesiona­l dan kenamaan turut tertarik untuk membuat tempahan,” katanya.

Sementara itu, rakan kongsinya, Muhamad Nurfirdaus yang lebih mesra dengan panggilan Ferdi berkata, bukan mudah untuk mereka mendapat kepercayaa­n pelanggan memandangk­an ramai yang menjalanka­n perniagaan serupa jadi persaingan itu agak sengit.

Jadi, Ferdi berkata, mereka perlu memanfaatk­an laman sosial dengan sebaik mungkin bagi mempromosi­kan perniagaan supaya tempahan itu sentiasa ada.

“Saya tidak menjalanka­n perniagaan ini sepenuh masa sebaliknya mempunyai pekerjaan tetap sebagai tenaga pengajar di sebuah universiti namun dapat membahagik­an masa untuk kedua-duanya.

“Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, kami bahagikan tugas yang mana saya menguruska­n tempahan pelanggan manakala

Shawn bertanggun­gjawab menyediaka­n kek.

“Pendek cerita, kami saling membantu satu sama lain kerana ada kalanya tempahan terlalu banyak pada satu-satu masa dan lebih mencabar lagi apabila perlu menyediaka­n kek perkahwina­n yang lebih memerlukan ketelitian,” katanya.

Berkongsi hala tuju,

Ferdi berkata, menjadi impian mereka berdua untuk mengembang­kan lagi perniagaan dengan memiliki ruang khas bagi pembuatan kek dan biskut tempahan pelanggan.

Namun, dia sedar banyak modal yang diperlukan untuk ke arah itu dan sebagai langkah awal, mereka mahu mengutip pengalaman termasuk menghadiri kelas bagi menambah ilmu sekali gus memantapka­n skil yang ada.

“Buat masa ini, kami selesa menjalanka­n perniagaan dari rumah dan tidak bercadang untuk membuka kafe kerana memikirkan kosnya yang agak besar.

“Namun, kami tidak menolak kemungkina­n pada masa akan datang termasuk dengan mewujudkan ruang khas bagi pembuatan kek dan biskut.

“Kalau boleh, kami mahu membuktika­n bahawa lelaki juga boleh berjaya dalam bidang ini walaupun ia lebih didominasi oleh wanita,” katanya.

 ??  ?? SHAWN (kiri) dan Ferdi tekun menyiapkan tempahan pelanggan .
SHAWN (kiri) dan Ferdi tekun menyiapkan tempahan pelanggan .
 ??  ?? SHAWN dan Ferdi berganding mahu menjalanka­n perniagaan di rumah .
SHAWN dan Ferdi berganding mahu menjalanka­n perniagaan di rumah .
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia