Harian Metro

DEKATI MURID LUAR BANDAR

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Persatuan HANDS jalin kerjasama dengan PEERS wujudkan perpustaka­an mini

Hasrat memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda terutama murid di luar bandar mendorong Persatuan Helping Anyone In Need (HANDS) mewujudkan sudut bacaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Ceraka, Felda Bukit Ceraka, Klang, baru-baru ini.

Inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama Kelab Peer Kaunselor (PEERS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor bersempena program Mari Membaca: Si Ulat Buku.

Presiden Persatuan HANDS Jamirul Syafiq Jamil berkata, SK Bukit Ceraka dipilih sebagai lokasi program hasil cadangan Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) selepas mengambil kira kedudukan sekolah berkenaan di luar bandar.

Katanya, idea mewujudkan sudut bacaan atau perpustaka­an mini pula timbul selepas melihat keperluan sekolah hasil lawatan dilakukan dua minggu sebelum program berlangsun­g.

“HANDS ditubuhkan sejak 2015 dan mempunyai 30 ahli yang majoritiny­a adalah alumni UiTM dengan matlamat untuk membantu komuniti memerlukan.

“Salah satunya menerusi inisiatif dan program sebegini yang secara tidak langsung menarik minat membaca bermula di usia awal sekali gus menambah kemudahan sekolah.

“Selain Kelab PEERS UiTM, kami turut mendapat sumbangan buku daripada Squad Misi merangkumi pelbagai bahan bacaan antaranya komik pendidikan,” katanya.

Jamirul berkata, program berkenaan dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti antaranya pertanding­an mewarna, teka silang kata, bercerita dan bersajak yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada murid.

Selesai aktiviti, program diakhiri dengan majlis perasmian yang disempurna­kan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor Dr Hamzah Fansuri Hassan.

“Meskipun program sudah berakhir, usaha kami diteruskan menerusi lawatan dari semasa ke semasa bagi memantau perkembang­an dan keperluan murid SK Bukit Ceraka.

“Pada masa sama, aktiviti khidmat masyarakat lain akan diteruskan salah satunya program jualan amal bonet kereta dalam waktu terdekat.

“Diharap, program anjuran HANDS mendapat sokongan semua pihak dan kami masih memerlukan sumbangan bahan bacaan dan mereka yang berminat untuk menyumbang bahan boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook HANDS PROJECT,”katanya.

Persatuan HANDS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang sudah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Misi utamanya adalah membantu komuniti secara menyeluruh termasuk asnaf dan anak yatim piatu dengan memberi ilmu, dorongan dan harapan bagi membina masa depan yang lebih baik.

 ??  ?? JAMIRUL (duduk tengah) bersama murid SK Bukit Ceraka yang terbabit dalam program Mari Membaca: Si Ulat Buku.
JAMIRUL (duduk tengah) bersama murid SK Bukit Ceraka yang terbabit dalam program Mari Membaca: Si Ulat Buku.
 ??  ?? SUDUT bacaan yang diwujudkan hasil inisiatif Persatuan HANDS dan Kelab PEERS UiTM Cawangan Selangor.
SUDUT bacaan yang diwujudkan hasil inisiatif Persatuan HANDS dan Kelab PEERS UiTM Cawangan Selangor.
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SK Bukit Ceraka yang terbabit dalam program Mari Membaca: Si Ulat Buku.
SEBAHAGIAN murid SK Bukit Ceraka yang terbabit dalam program Mari Membaca: Si Ulat Buku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia