Harian Metro

Tidak sia-siakan kemahiran

-

Selain menjahit, Norshahida juga membuat lakaran dan rekaan pelbagai jenis baju

DARI MUKA H47

“Bermula daripada sukasuka dan dijadikan sebagai hobi, kini saya semakin serius dan fokus dalam bidang yang diminati ini.

“Syukur kerana saya bukan saja minat malah pada masa sama dikurniaka­n bakat semula jadi dalam seni jahitan dan menjadikan bidang ini kerjaya hingga kini,” katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang kini menetap di Gombak, Kuala Lumpur itu mengakui pada hakikatnya bidang jahitan tidak semudah disangka kerana ia memerlukan minat dan ketelitian.

“Tidak semua orang boleh menjahit terutama dalam proses mengguntin­g kain dan mencantum sehinggala­h ia siap sepenuhnya.

“Saya bukan saja menjahit, malah juga yang membuat lakaran dan rekaan pelbagai jenis baju termasuk baju kanak-kanak dan pelbagai produk yang disukai,” ujarnya.

GIGIH USAHA MELALUI MINAT

Wanita berjiwa kental ini mengakui sama dengan individu lain, dia juga bermula dari bawah.

“Walaupun sudah mula menjahit sewaktu usia masih remaja, sehingga kini saya masih mempelajar­i pelbagai ilmu baru dalam bidang ini.

“Sejak kecil, saya sudah menyedari dunia jahitan sememangny­a serasi dengan jiwa saya. Saya berusaha mempelajar­i bidang ini secara lebih serius hari demi hari,” katanya.

Norshahida berkata, ilmu dan kemahiran dalam bidang itu dipelajari satu persatu yang kemudianny­a dipraktikk­an sebaik-baiknya.

“Bagi saya, setiap orang memerlukan satu kemahiran yang boleh digunakan bagi menjana pendapatan atau sekurang-kurangnya dapat membantu diri sendiri terutama ketika berdepan taraf kehidupan yang semakin meningkat.

“Atas faktor itu juga, saya memberanik­an diri menjalanka­n perniagaan berasaskan jahitan supaya bakat dan kemahiran yang ada ini tidak sia-sia,” ujarnya.

REZEKI TANGAN SENI

Menjadikan bidang itu sebagai kerjaya tetapnya kini, Norshahida yang sebelum ini berkhidmat dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta mengambil keputusan berhenti bekerja bagi menumpukan sepenuh perhatiann­ya dalam perniagaan berasaskan jahitan dijalankan­nya itu.

“Saya berhenti bekerja enam tahun lalu supaya dapat lebih fokus dan serius dalam bidang ini. Syukur, pilihan yang saya lakukan ini adalah tepat kerana kini lebih tenang dan gembira mengusahak­an perniagaan ini,” katanya.

Norshahida kini menjalanka­n perniagaan atas jenamanya sendiri iaitu Oshka.Co yang lebih kepada busana dan produk bayi dan kanak-kanak.

“Untuk berjaya dan kekal lama dalam bidang ini, saya mengamalka­n disiplin diri selain mencari kelainan dalam setiap produk yang saya hasilkan.

“Saya bukan menjual produk semata-mata, tetapi lebih kepada kesenian dan kehalusan setiap produk bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil yang mereka terima,” ujarnya.

Menurutnya, cabaran yang ditempuhi sepanjang berkecimpu­ng dalam bidang itu tidaklah terlalu banyak namun saingan yang diterima daripada pengusaha produk sepertinya itu sedikit sebanyak membuatkan dia perlu lebih fokus.

“Kelebihan saya ialah semua produk yang saya jual adalah hasil kerja saya sepenuhnya. Saya memberi lebih tumpuan pada setiap produk.

“Syukur, selepas bertapak lebih empat tahun secara serius, saya berbangga kerana hasil kerja tangan ini membawa rezeki yang tidak putus untuk kami sekeluarga,” katanya.

KELUARGA SUMBER INSPIRASI

Dianugerah­kan suami yang bukan saja memahami tugasnya dalam bidang diceburi malah turut sama berkongsi minat dan bakat menjadikan Norshahida amat bertuah.

“Saya selalu berbincang bersama suami untuk menghasilk­an apa juga produk kerana dia juga mempunyai idea yang kreatif dalam membantu saya lebih ke hadapan.

“Selain berkongsi pendapat, saya amat bersyukur kerana suami juga memahami dan turut membantu menguruska­n rumah termasuk menjaga dua permata hati kami yang masih kecil,” katanya.

Tambah Norshahida, memandangk­an dia mempunyai anak yang masih kecil menyebabka­n kebiasaann­ya dia hanya menjahit atau menyiapkan tempahanny­a ketika anakanakny­a tidur.

“Saya menyiapkan kerja menjahit ketika waktu malam kerana kurang gangguan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada produk yang dihasilkan.

“Walaupun kelihatan agak mencabar kerana kini saya perlu mengendali­kan anak yang masih kecil namun ia sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk saya terus berjaya,” ujarnya.

Katanya, tiada apa yang boleh menjadi halangan sekiranya seseorang itu mahu berjaya dalam bidang diceburi selain perlu mendisipli­nkan diri bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Selain suami, ibu juga sumber inspirasi kerana saya banyak berkongsi suka duka bersamanya selain dia sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus berjaya.

“Saya mengharapk­an apa yang saya jalankan kini akan semakin menyinar dan membuktika­n bidang jahitan adalah antara bidang yang unik terutama dalam menghasilk­an produk berkualiti tinggi dan mempunyai keistimewa­an tersendiri,” katanya.

 ??  ?? NORSHAHIDA tekun
dengan bidang jahitan diceburi.
NORSHAHIDA tekun dengan bidang jahitan diceburi.
 ??  ??
 ??  ?? CANTIK dan unik.
CANTIK dan unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia