Harian Metro

3 raih biasiswa RM180,000

-

Mengintegr­asikan perspektif wanita, masyarakat ke arus perdana pembanguna­n

DARI MUKA H47

Pertanding­an yang bermula Mei lalu itu menerima sambutan menggalakk­an daripada peserta di setiap negeri yang berusaha menonjolka­n bakat seni masing-masing.

Peserta terpilih kemudian diminta menghadiri pertanding­an seterusnya di lokasi ditetapkan iaitu di Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor: Kota Bahru, Kelantan; Sibu, Kuching, Miri, Sarawak; Georgetown, Pulai Pinang; Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah; Ipoh, Perak dan di Bandar Sunway, Selangor.

Anugerah Emas dimenangi Lee Ling Feng dari Kesedaran anggota masyarakat terhadap kepentinga­n memberi sokongan kepada komuniti autisme di Malaysia memang membanggak­an. Ada saja usaha dilakukan untuk menambah baik kehidupan mereka dari pelbagai sudut.

Terbaru, Tuanku Syed Putra Foundation yang dikenali sebagai Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berhasrat mengumpul dana tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk membina pusat autisme pertama bagi komuniti di Perlis.

Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sejak dua tahun lalu, inisiatif Hab Sumber Pendidikan dan Latihan Autism (AHEART) dibentuk dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk membina sebuah pusat autisme kanak-kanak Pulau Pinang, Anugerah Perak dimenangi Yap Jia Le dari Johor manakala Anugerah Gangsa dirangkul Ng Yan Lei dari Kuala Lumpur .

Tiga pemenang teratas turut membawa pulang biasiswa bernilai RM180,000 dari The One Academy bersama-sama dengan hadiah wang tunai.

Tujuh lagi pemenang Anugerah Bollywood turut dipilih yang masing-masing menerima biasiswa bernilai RM25,000 berserta hadiah wang tunai dan sijil. Turut diadakan Anugerah 10 Artis Muda Cemerlang Malaysia dengan kerjasama Pixar Animation Studios.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang merasmikan majlis anugerah itu berkata, pendidikan kreatif memainkan peranan yang penting dalam memastikan individu dapat dibentuk dengan baik selaras dengan misi kementeria­n.

“Misi kami adalah untuk mengintegr­asikan perspektif wanita dan masyarakat ke arus perdana pembanguna­n negara.

“Kini kita berada di era ekonomi kreatif yang memperliha­tkan pelbagai sektor seperti media interaktif, media sosial, permainan komputer dan mudah alih dan visual filem.

“Oleh itu, terdapat keperluan pendidik kreatif untuk mengikuti dan memenuhi permintaan industri yang berkembang pesat ini,” katanya.

Anugerah itu juga turut meraikan 10 individu inspirasi yang menyertai dalam industri kreatif sejak lulus dari The One Academy.

Sehingga kini, Anugerah 10 Artis Muda Cemerlang Malaysia berjaya memberikan lebih daripada RM16.2 juta biasiswa kepada individu berbakat di seluruh Malaysia. - Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? SEKITAR pertanding­an seni anjuran The One
Academy.
SEKITAR pertanding­an seni anjuran The One Academy.
 ??  ?? ANTARA peserta yang
menyertai pertanding­an
seni.
ANTARA peserta yang menyertai pertanding­an seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia