Harian Metro

Kumpul dana untuk pusat autisme

-

di kampus UniMAP.

Kini, Pusat Autism A-HEART UniMAP mahu membina sebuah pusat yang lebih lengkap untuk membantu golongan yang memerlukan. YTSP kini menyasarka­n mengumpul dana RM6 juta dalam tempoh tiga tahun demi merealisas­ikan impian itu.

Ahli Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Pengerusi Ahli Lembaga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, pusat autisme itu bertujuan memberi pendidikan berkualiti, latihan kemahiran hidup dan sokongan kepada komuniti, ibu bapa yang mempunyai anak autistik, penjaga dan profesiona­l.

“Yayasan menerima sokongan yang memberangs­angkan daripada badan korporat dan menyumbang setengah juta ringgit sehingga kini. Kami berbesar hati kerana Acts One Group Inc turut memberi sokongan untuk merealisas­ikan impian ini,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi Acts One Group Inc Serena Chiam berkata, pihaknya gembira dapat memberi sedikit sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kita memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua. Kami harap lebih banyak syarikat dan individu akan memberi sumbangan kepada YTSP untuk membiayai pembinaan Pusat Autism A-HEART UniMAP,” katanya. Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr

Zul Azhar Zahid Jamal.

Sementara itu, Autism Buddies yang memainkan peranan penting dalam inisiatif A-HEART diwakili Puan Sri Akmal Abdul Salam berkata, walaupun kesedaran orang ramai terhadap autisme adalah tinggi, namun pemahaman mengenainy­a masih rendah.

“Selama beberapa tahun, pihak berwajib yang menawarkan perkhidmat­an pendidikan berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan kelompok rakyat Malaysia yang mengalami autisme.

Jadi, kami perlu meningkatk­an sumber dalam negara untuk membangunk­an kemudahan dan program-program buat komuniti yang memerlukan perkhidmat­an seperti ini,” katanya.

Pusat Autism AHEART UniMAP dikendalik­an sepenuhnya oleh universiti. Pusat itu dilengkapi pelbagai kemudahan dan bantuan pembelajar­an yang interaktif. Ia juga menawarkan perkhidmat­an seperti pengesanan awal dan intervensi menerusi rawatan, terapi serta pendekatan pendidikan terbaik kepada anakanak autisme. Di samping memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga dan golongan profesiona­l.

Malah pusat itu akan menyediaka­n pendidikan dan latihan kepada golongan muda penghidap autisme berdasarka­n kepada kemahiran serta minat mereka yang berbeza demi membina masa depan mereka.

 ??  ?? DARI kiri, Zul Azhar (dari kiri) bersama Serena Chiam, Akmal dari Autisme Buddies dan Dr Kamaruddin mempamerka­n karya seni Kim Il Tae.
DARI kiri, Zul Azhar (dari kiri) bersama Serena Chiam, Akmal dari Autisme Buddies dan Dr Kamaruddin mempamerka­n karya seni Kim Il Tae.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia