Harian Metro

Rancang lebih banyak aktiviti disertai ibu bapa

-

Kanak-kanak zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Melihat kepada proses mereka dibesarkan dan ilmu keibubapaa­n yang tinggi daripada penjaga menyebabka­n mereka lebih bersikap terbuka, berdaya saing dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik dalam pelajaran dan juga kehidupan.

Ini dapat dibuktikan menerusi tinjauan dwitahunan KidZania yang dijalankan oleh KidZania Kuala Lumpur dan Singapura bersama Agility Research.

Dalam temu bual membabitka­n 500 kanakkanak berusia tujuh hingga 15 tahun pada

2017 mengenai topik kewangan, aspirasi kerjaya dan minat menunjukka­n mereka sangat memahami kepentinga­n pengurusan kewangan, aspirasi kerjaya dan masa berkualiti bersama keluarga.

Hasil tinjauan turut mendedahka­n kanakkanak antara golongan yang pandai berjimat. Ini dapat dibuktikan apabila lebih satu pertiga peserta menyimpan duit sekolah untuk membeli barangan kesukaan manakala satu pertiga pula menabung untuk membeli telefon pintar, tablet atau komputer bimbit baharu.

Mereka menyatakan mempelajar­i pengurusan wang menerusi pengalaman suai peranan di KidZania dan belajar untuk lebih menghargai wang dan menguruska­n kewangan dengan baik.

Hasil tinjauan juga mendapati peserta lebih mementingk­an keluarga daripada kebendaan, namun

lebih 50 peserta mengakui mereka hanya meluangkan masa kurang daripada dua jam bersama keluarga setiap hari.

Mengenai harapan dan impian masa depan pula peserta memilih kerjaya pilihan berdasarka­n minat dan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Kebanyakan mereka memilih guru atau doktor sebagai profesion disebabkan selalu terdedah dengan kerjaya ini. Namun ramai yang sangat teruja kerana dapat mencuba dan menerokai pelbagai jenis kerjaya di sini dengan lebih 80 peratus memilih kerjaya ahli bomba dan juruterban­g selepas mengunjung­i KidZania.

Menurut Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur Shahrul Nizar Ahmad, memahami setiap kanakkanak memerlukan hubungan kekeluarga­an yang kukuh untuk

membesar, KidZania

Kuala Lumpur berhasrat mengadakan lebih banyak aktiviti dan pengalaman suai peranan yang boleh disertai ibu bapa.

KidZania sentiasa berusaha memahami minat kanak-kanak bagi memberikan mereka pengalaman pembelajar­an terbaik.

Menerusi tinjauan ini serta pelbagai alternatif lain dan aktiviti seperti KidZania CongreZZ, memberi peluang untuk menyuaraka­n pendapat. Ia bukan saja bermanfaat kepada mereka, malah untuk kanak-kanak lain.

“Ini bertepatan dengan falsafah KidZania iaitu Learn Life Today serta kepentinga­n suai peranan dalam membentuk sahsiah serta memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menerokai minat baharu mereka,” katanya.

 ??  ?? PEMILIHAN kerjaya semakin pelbagai pada masa kini.
PEMILIHAN kerjaya semakin pelbagai pada masa kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia