Harian Metro

Seronok mencanting batik

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rasa teruja jelas kelihatan pada wajah 110 kanakkanak dari Pusat

Jagaan Baitul Hasanah, Rumah Kesayangan dan Pertubuhan Kebajikan Perlindung­an Nur Qaseh Malaysia ketika diminta melakarkan lukisan batik pada sehelai kemeja-T yang disediakan penganjur.

Sambil dibantu penyelaras program, masing-masing menunjukka­n kesungguha­n membuat lakaran mengikut pemahaman mengenai batik lalu menambah warna pada lukisan itu.

Ada menggunaka­n satu warna, ada dua dan tidak kurang menggabung­kannya untuk mendapatka­n hasil diinginkan.

Akhirnya selepas dua jam hasilnya sangat mengujakan apabila setiap lukisan bukan saja memberi makna tersendiri, tetapi menghadirk­an kegembiraa­n yang sukar digambarka­n.

Contengan dan bermain warna ibarat ekspresi diri menyeronok­kan terutama apabila dilakukan bersama-sama.

Bengkel melukis batik anjuran Great Eastern

Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) ini ternyata memberikan makna tersendiri buat kanakkanak kurang bernasib baik ini apabila kebanyakan mereka melahirkan rasa gembira dengan aktiviti diadakan.

Bagi syarikat insuran Great Eastern Life, dengan menaja kanakkanak kurang bernasib baik ini ia bukan saja bertujuan mencungkil bakat dalam melakukan teknik tradisiona­l mencanting batik, tetapi juga mencipta kemahiran seni dan mewujudkan rasa cinta kepada seni tradisi lama yang ditinggalk­an.

Bengkel ini juga diadakan bersempena usia syarikat ke-110 tahun sinonim dengan kehadiran kanak-kanak seramai

110 orang. Pada akhir program kanak-kanak diberikan hasil kerja dengan kemeja-T yang sudah diwarnakan.

 ??  ?? KANAK-KANAK bersama sukarelawa­n dalam bengkel melukis batik.
KANAK-KANAK bersama sukarelawa­n dalam bengkel melukis batik.
 ??  ?? hasil kerja KANAK-KANAK menunjukka­n
kemeja-T mereka. selepas siap mewarna
hasil kerja KANAK-KANAK menunjukka­n kemeja-T mereka. selepas siap mewarna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia