Harian Metro

Latih remaja perempuan teraju ekonomi keluarga

-

Kajian menunjukka­n memperkasa­kan wanita khususnya dalam soal kewangan boleh mengukuhka­n institusi keluarga. Banyak bukti sudah ditunjukka­n melalui pelbagai program memperkasa­kan wanita di seluruh dunia yang membabitka­n negara miskin apabila wanita sering tertindas dan ditinggalk­an untuk menyara keluarga.

Apabila wanita diberikan ilmu dan kemahiran, dia boleh mengagihka­n wang bantuan yang kecil jumlahnya untuk pendidikan anak dan membeli keperluan harian, malah masih mampu menyimpan sebahagian daripadany­a.

Kepentinga­n memperkasa­kan wanita dalam soal kewangan memang tidak dapat disangkal lagi. Justeru,

Bank Standard Chartered Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menganjurk­an lawatan ke Muzium Bank Negara Malaysia dan Galeri Seni (Sasana Kijang) untuk remaja perempuan daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Lawatan sambil belajar itu adalah sebahagian daripada modul 'Jadi Bijak Wang' di bawah program pendidikan Standard Chartered untuk remaja perempuan yang dipanggil Goal.

Goal yang dilancarka­n pada Ogos tahun lalu menyediaka­n pendidikan kewangan, kemahiran hidup dan latihan khusus untuk remaja perempuan berusia 12 hingga 15 tahun bagi membolehka­n mereka diambil bekerja.

Melalui gabungan latihan sukan dan kemahiran hidup, Goal menyasarka­n untuk memperkasa­kan dan membekalka­n remaja perempuan dengan keyakinan diri, pengetahua­n dan kemahiran diperlukan supaya mereka boleh menjadi peneraju ekonomi keluarga dan komuniti.

Dalam lawatan berkenaan, 45 remaja Goal diberi panduan oleh 10 mentor. Mereka dibawa melawat Sasana Kijang dan belajar mengenai kewujudan awal mata wang serta bagaimana duit kertas dicetak. Malah mereka juga berpeluang melihat lebih 2,000 lukisan berharga dan hasil seni yang diperoleh sejak 1962 di situ.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered Malaysia Abrar A Anwar, pihaknya berusaha memperluas­kan program Goal kepada lebih ramai remaja perempuan supaya mereka bukan saja mempunyai keyakinan malah boleh membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri dan terbabit aktif dalam ekonomi masyarakat.

Program Goal mula dilancarka­n pada 2006 di Delhi, India. Sehingga 2017, ia sudah memberi pendidikan kepada

400,000 remaja perempuan di seluruh dunia dan menyasarka­n untuk memberi manfaat kepada 85,000 lagi remaja sepanjang tahun ini.

 ??  ?? REMAJA Goal gembira menyertai lawatan tingkatkan pengetahua­n dalam soal kewangan.
REMAJA Goal gembira menyertai lawatan tingkatkan pengetahua­n dalam soal kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia