Harian Metro

Kumpul dana RM40,000

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Roche Malaysia anjur pelbagai aktiviti

bantu kanak-kanak pekak

Tidak semua individu dilahirkan dalam keadaan sempurna dan bagi membantu golongan kurang bernasib baik, lebih 400 kakitangan Roche Malaysia menganjurk­an pelbagai aktiviti dalam usaha mengumpul dana RM40,000 khusus untuk kanakkanak kurang upaya pendengara­n.

Roche yang juga perintis global dalam bidang farmaseuti­kal dan diagnostik menjalanka­n usaha itu melalui tayangan filem, bazar dan sumbangan daripada kakitangan­nya.

Turut diadakan program amal berjalan sempena acara tahunan global Roche Roche Children’s Walk.

Ini kempen tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Roche di peringkat global yang membabitka­n lebih 100 lokasi di seluruh dunia.

Setiap Jun, lebih 90,000 kakitangan Roche di seluruh dunia bersamasam­a mengumpul dana untuk projek amal kanakkanak di negara masingmasi­ng.

Semua dana yang dikumpul kemudian disumbangk­an kepada pelbagai program badan bukan kerajaan (NGO) di negara membangun seperti Malawi, Ethiopia dan Filipina.

Pengurus Besar Roche Services (Asia Pacific)

Sdn Bhd Martin Kikstein berkata, di Malaysia, pihaknya bekerjasam­a dengan Yayasan Budi Penyayang iaitu sebuah NGO bagi menyokong program Komuniti TUTUR yang juga satu inisiatif dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program TUTUR membolehka­n kanakkanak yang menerima implan koklear untuk mengetahui kaedah bagi mengatasi masalah pendengara­n menerusi pelbagai aktiviti seperti mengenal bunyi dan komunikasi.

Menurutnya, program TUTUR juga menjalanka­n usaha lain seperti berkongsi ilmu pengetahua­n dan pembinaan sikap ibu bapa selain memperkemb­angkan sikap serta kemahiran juga pengetahua­n pesakit.

“Kami gembira dapat membantu kanakkanak yang mengalami masalah pendengara­n untuk mendapatka­n mutu kehidupan yang lebih baik. Di Roche, pesakit adalah tumpuan utama operasi kami.

“Kami yakin dengan potensi untuk menterjema­hkan sains ke dalam terapi bagi mengatasi keperluan pesakit dan turut membantu mereka hidup lebih makan kecergasan mental dan fizikal dengan kesihatan. Hakikatnya, untuk menjadi individu yang bahagia, kita perlu menguruska­n semua aspek dengan baik terutama minda, badan dan emosi.

“Oleh itu, kami mengadakan Hari Kesejahter­aan Global dengan cara menghebahk­an kefahaman dan petua kesejahter­aan menerusi saluran media sosial serta pengedaran risalah kepada pelanggan dan orang ramai bagi memberitah­u kepentinga­n sebenar kebahagiaa­n,” katanya.

Menurutnya, untuk tujuan itu, setiap individu perlu melakukan perubahan kerana ia amat penting untuk menjadikan kesejahter­aan sebagai gaya hidup.

“Laporan Ekonomi Pelanconga­n Kesejahter­aan Global 2013 mentakrifk­an kesejahter­aan sebagai kesejahter­aan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan sekadar sihat, “katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia Datuk Leela Mohd Ali berkata, sokongan Roche penting untuk mengekalka­n program PenyayangK­omuniti TUTUR.

“Kami sudah menjalanka­n kerjasama selama 17 tahun bersamasam­a dengan TUTUR untuk memperbaik­i kehidupan kanakkanak yang kehilangan pendengara­n.

“Kami juga menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) baru dengan UKM untuk membantu meneruskan program seperti ini,” katanya.

bermaksud bebas daripada penyakit atau keuzuran, tetapi juga menekankan gaya hidup proaktif dan sejahtera.

“Banyak syarikat dan ramai individu sanggup membelanja­kan berjutajut­a ringgit untuk pelan penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, tetapi kurang memberi perhatian kepada program kesejahter­aan yang boleh mengelakka­n atau melambatka­n seseorang daripada jatuh sakit,” ujarnya.

 ??  ?? KAKITANGAN Roche bersama-sama membantu kanak-kanak kurang upaya pendengara­n.
KAKITANGAN Roche bersama-sama membantu kanak-kanak kurang upaya pendengara­n.
 ??  ?? MARTIN Kikstein (kanan) ketika majlis penyerahan dana terkumpul.
MARTIN Kikstein (kanan) ketika majlis penyerahan dana terkumpul.
 ??  ?? GAYA hidup sihat mempengaru­hi kesejahter­aan hidup.
GAYA hidup sihat mempengaru­hi kesejahter­aan hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia